Pengenalan


Mengenai Blog Ini

Membina keluarga bahagia adalah idaman semua pasangan yang telah berkahwin. Ia bukan mudah, malahan amat mencabar sekali.  Antara isu-isu yang perlu diberi perhatian dan nampak remeh  ialah mengenal pasti tanggungjawab dan kewajipan suami isteri, keperluan berkerjasama dan bertolak ansur, pendidikan anak-anak, permakanan, nafkah zahir dan batin serta pengetahuan yang cukup mengenai hal-hal agama.

Penulis bukanlah seorang yang pakar atau amat terlatih dalam hal ini. Namun, sepanjang dua dekad perkahwinan, rasanya rumahtangga kami utuh dan bahagia sekali. Penulisan ini tidak lah boleh dianggap sebagai teknik-teknik atau tips perkahwinan. Ia hanyalah satu perkongsian yang mungkin boleh memberi menafaat kepada ramai pembaca. 


Bagi mereka yang mempunyai pandangan berbeza atau sekadar ingin menyampaikan salam sepatah dua kata, sudi-sudikan lah menuliskan komen di blog. Yang mempunyai blog dan ingin bertukar pautan di blog yang tidak seberapa ini, boleh juga berbuat demikian di petak komen di bawah.

Sekian dan terima kasih.