Blogger Templates Terbaik Dan Tercantik



Jika anda seorang blogger ataupun berminat menjadi blogger, maka templates di bawah ini mungkin berguna buat anda. Walaupun rata-rata blogger yang pro mengatakan  bahawa platform WordPress lebih baik dari Blogger, namun platform ini juga mempunyai kelebihan tersendiri juga. Selain dari percuma, ia juga anak kandung Google, yang mana sedikit perhatian diberikan oleh Google kepadanya. 


Dari segi rekabentuk juga, kewujudan templates Blogger yang diinspirasikan dari WordPress themes menjadikan blog yang dihasilkan di Blogger hampir standing rupanya dengan di WordPress. Sedikit pengetahuan html dan Photoshop adalah berguna untuk ‘tweak’ atau ubahsuai Blogger Templates agar menjadi lebih menarik lagi. Posting ini akan cuba saya kemaskini dari semasa ke semasa setiap kali saya terjumpa templates baru yang menarik.

Super SEO Blogger Template



Blogger Template ini adalah template yang saya gunakan bagi blog ini. Ia amat ringan dan mudah digunakan. Super SEO Blogger Template direka oleh Blogger Tuts dan ia boleh dimuat turun secara PERCUMA dari GalleryBloggerTemplates.Com.

Setelah memuat turun, anda boleh ubahsuai template ini dengan pergi ke >>Tempate>>Edit Html. Ubah bahagian pautan agar ia pergi ke pautan yang anda mahukan. Rujuk screenshot di bawah:



Anda boleh gunakan gambar bersaiz lebar 590pxl untuk posting anda dan ia secara automatik dikecilkan bagi ‘Thumb image’ di muka depan blog anda.  Super SEO Blogger Template adalah mesra mesra SEO dan mudah digunakan. Muat turun jika berminat.

Easy TVL – Responsive Template



Di hasilkan oleh Huy Cò Vip, seorang penyumbang kepada website www.trollvl.com. Template ini dilihamkan dari WordPress theme 'Responsive' yang amat popular bagi pengguna WP.  Easy TVL – Responsive Template adalah amat kemas dan pengunjung pasti akan menyangka ia adalah sebuah blog WP. Memasang nya agak mudah tetapi perlu lebih banyak kerja diperlukan.

Untuk maklumat lanjut cara menggunakan Blogger Template ini, anda boleh rujuk ke laman web BloggerItems.Com. Template ini juga boleh dimuat turun di sana.

- Blogger Templates Terbaik Dan Tercantik