Projek Infaq Dan Waqaf: Pakej Inspirasi Qurani


Ini e-mail yang saya terima dari Ustaz Asraff semalam. Ia berkenaan projek Projek Infaq Dan Waqaf: Pakej Inspirasi Qurani (PIQ) yang sedang beliau jalankan.Saya 'copy dan paste' sahaja e-mail beliau di sini yang 'self-explanatory'. Harap ada yang berminat. Terima kasih.


PROJEK INFAQ & WAQAF PAKEJ INSPIRASI QURANI.

Alhamdulillah, PROJEK WAQAF PIQ telah dilancarkan secara rasmi. Kami akan mula poskan PIQ (pakej inspirasi Qurani - www.inspirasiqurani.com) ke 11 maahad tahfiz/ Rumah anak yatim, sekolah dan NGO terpilih. 9 di Malaysia dan 2 di Indonesia.

Terima kasih kami ucapkan kepada semua penderma projek waqaf PIQ. Jika selama ini, projek waqaf Al-Quran banyak berjalan, kini kami cetuskan projek waqaf 'ilmu baca Quran' pula. Semoga, dengan segala penerangan 13 DVD dan 1 CD yg meliputi 3 aspek kritikal pemahaman Quran (hafazan, bacaan & kefahaman), ia akan lebih mudah membantu mereka memahami ALQuran.

Sudah tentu dari pihak kami & para penderma, ia diharap menjadi amal jariah yg lebih bermanfaat. Selagi ilmu dari koleksi DVD diamalkan, kami berdoa agar Tuhan Ar-Rahman panjangkan, biakkan, gandakan, lestarikan pahala & barokahnya kpd kami dan mereka yg tercinta, Amin.

MOHON BANTUAN ANDA SEMUA :

Kami masih perlukan berpuluh-puluh alamat maahad tahfiz/ rumah anak yatim/ sekolah/masjid / NGO utk hadiahkan PIQ. Jika anda mengetahui mana2 dari senarai di atas yg perlukannya, mohon emelkan kami (Asraff2@yahoo.com) alamat & no. telnya. Nanti kami akan poskan PIQ kpd mereka.

Segala update terkini projek, sila dapatkan di FB : Inspirasi Qurani Di Hati.

Akhir sekali, sempena keberkahan Ramadhan, kami memohon dgn penuh rendah diri kpd Ar-Rahman melalui inspirasi kata-kata saudara Nabi Yusuf : "Ya Tuhan, barang yg kami persembahkan sebagai tukaran pahala ini masih kurang sempurna, tetapi kami memohon, sempurnakanlah kebaikannya, terimalah semua ini, berilah peluang kpd kami dan kasihanilah kami, Amin". 

- Inspirasi Surah Yusuf
  
P.S : Jika tuan/puan budiman ingin menyertai projek ini selaku penderma/infak/zakat, sila emelkan pertanyaan ke asraff2@yahoo.com.


Terima Kasih,

Ustaz Asraff

- Projek Infaq Dan Waqaf: Pakej Inspirasi Qurani