Applikasi My Solat Untuk Telefon Pintar Anda


Menggunakan telefon pintar ada kebaikkan dan keburukkannya. Kebaikkannya adalah dari segi memudahkan tugas dan mendapat maklumat berguna untuk tujuan peribadi mahupun kerja. Keburukkannya pula adalah si pengguna boleh menjadi lalai dan leka dengan pelbagai applikasi yang ada serta terdedah dengan maklumat yang tidak sesuai terutamanya bila dihubungkan dengan internet. Oleh itu penggunaan telefon pintar perlu dipantau jika si pengguna masih muda dan kurang matang. Ibu bapa tidak boleh sewenang-wenangnya membelikan anak-anak telefon pintar tanpa menerangkan cara-cara penggunaan yang sihat buat anak-anak.

Antara applikasi yang boleh dimuat turun secara percuma dari Google Play yang saya rasa sesuai anda dipasangkan di telefon pintar anda adalah applikasi My Solat yang dibangunkan oleh Creativate. Muat turun secara percuma dari Google Play dan jika anda rasa berguna, mungkin boleh sumbangkan derma kepada mereka secara online bagi membantu mereka terus memajukan applikasi ini. Ia ternyata amat berguna buat semua umat Islam terutama yang kerap mengembara dari suatu tempat ke satu tempat yang lain. Ia ibarat membawa buku panduan solat, jadual waktu solat, notifikasi waktu solat dengan bunyi azan dan kompas arah kiblat ke mana-mana dengan mudah. Applikasi ini juga agak ringan dan pantas serta mempunyai tatapan yang kemas dan mudah di baca.

Untuk waktu-waktu solat, anda perlu muat turun setiap bulan jadual waktu bagi bulan tersebut. Pilih hanya kawasan/daerah yang anda mahu tahu sahaja. Bergantung kepada kepantasan internet, muat turun ini hanya mengambil masa beberapa saat sahaja. Waktu solat untuk kawasan-kawasan di Malaysia adalah berdasarkan dari e-solat.gov.my, manakala untuk Singapura pula: muis.gov.sg. Maklumat lanjut di Google Play.

- Applikasi My Solat Untuk Telefon Pintar Anda