Hak Bersuara Di Internet



Saya tertarik dengan apa yang ditulis oleh Editor NST, Sdr A Jalil Hamid dalam membicarakan soal kebebasan bersuara di internet. Menurut beliau dan saya 'quote' apa yang beliau tulis:

Kata-katanya amat tepat sekali. Bersuara di internet BUKANLAH SATU HAK akan tetapi SATU KEISTIMEWAAN. Oleh itu, ia harus digunakan dengan sebaik mungkin. 

Mengapa ia keistimewaan dan bukannya hak?
  • Ia boleh ditarik bila-bila masa. Contohnya: perlaksanaan undang-undang siber, kerosakan alam seperti gempa bumi dan banjir yang merosakkan talian internet, berlaku gangguan di alam siber dsb.
  • Masih terdapat ramai insan yang tidak mendapat keistimewaan ini baik di Malaysia mahupun di luar negara. Oleh itu, yang beruntung dan bernasib baik ini gunakalah keistimewaan ini dengan sebaik mungkin.
Tidak lama dahulu  terdapat satu rancangan perlaksaanaan undang-undang siber di Sungapura. Sebagaimana di tempat-tempat lain seperti di negara kita Malaysia, bila ada sahaja sekatan kebebasan bersuara yang mahu di lakukan di internet, ramai yang akan melenting, membantah dan berdemo

Agak ramai yang enggan memikirkan kesan buruk internet yang mengakibatkan ramai tertipu dan kehilangan harta benda. Ada juga di rogol selepas pekenalan di alam siber. Tak kurang juga yang menjadi biadap dan kasar akibat pengaruh internet ini. Itu belum lagi kita sentuh kes-kes fitnah dan penyebaran propaganda dan aktiviti bersifat hasutan dan terorisma.

Di sini saya tidak mahu membicarakan samada perlu wujudnya kawalan kerajaan bagi menangani mereka yang menyalahgunakan keistimewaan ini. Bagi saya sama secara kawalan kerajaan mahupun diri sendiri, ia perlu wujud kita semua perlu sama-sama memastikan ianya terkawal. Antaranya ialah kita sendiri mengambil inisiatif untuk berpesan-pesan dan menyebarkan perkara-perkara yang baik dan benar. Kita sendiri juga tidak boleh dengan sewenang-wenangnya meyebarkan mahupun memanjangkan (share) apa-apa bahan yang kita terima yang tidak dapat dipastikann kesahihanya biarpun menarik mana pun. 

Untuk pengetahuan ramai, Wikipedia yang menajdi rujukan ramai anak-anak kita itu sendiri pun telah teruk di salahgunakan (abuse) oleh editor-editor upahan sehingga kandungan laman web  itu tidak dihargai ramai lagi. Akan tetapi tetap ramai yang rasa kebebasan bersuara itu penting sangat sehingga sanggup bergaduh dan berdemo siang malam untuk hal itu. Namun, bila terhantuk dihidung sendiri, baru lah sibuk nak memfailkan saman fitnah dan marahkan orang lain.

Oleh itu gunakan lah keistimewaan yang ada ini sebaik-baiknya ya. Fikir-fikirkan lah.