Panduan Mendidik Anak Soleh

http://goo.gl/MieIFU

Rata-rata ibu bapa di dunia ini mahu melihat anak mereka hidup bahagia dan menjadi insan yang berguna. Tugas ini bukanlah mudah dan perlukan banyak pengorbanan dan kesabaran. Oleh itu, acapkali kita lihat tangisan dan air mata kesyukuran tiap kali ibu bapa melihat anak-anak mereka mencapai kejayaan biarpun diperingkat yang rendah atau permulaan sahaja. Sedikit-sedikit, lama jadi bukit. Kota Rome bukan dibina dalam masa sehari, apalagi mendidik anak yang soleh dan berguna di masa hadapan kelak. Satu pelaburan dan usaha yang panjang dan perlukan keyakinan serta keinsafan.
Oleh itu, hari ini ingin saya kongsikan satu e-book yang telah lama saya perolehi dan gunakan panduan mendidik anak sehari-hari.  Ebook "Rahsia Anak Soleh" ini akan merungkaikan persoalan yang sering bermain di fikiran ibu bapa yang ingin memberikan pendidikan kepada anak mereka dengan berkesan dan bijaksana. Malah, mengeluarkan sejumlah wang yang besar untuk mendidik anak sejak kecil, lebih besar faedahnya daripada ketika anak sudah meningkat remaja.
APAKAH MASALAH YANG DIRUNGKAIKAN DALAM EBOOK INI?

  • Sejauh manakah anda boleh menghukum anak sehingga tidak mempengaruhi zaman remajanya?
  • Bagaimanakah kaedah memuji anak kecil dengan berkala bukan dengan kerap?
  • Bilakah masa yang sesuai untuk mendidik anak?
  • Bagaimanakah mendidik anak dengan cinta dan hikmah?
  • Bagaimanakah menetapkan peraturan dalam rumah anda?
  • Bagaimana menangani tingkah laku anak yang pelbagai?
Maaflah kerana saya tidak boleh siarkan kandungannya di sini bagi menghormati hak cipta dan karya insan lain. Namun, bagi yang berminat dan ingin tahu, anda boleh dapatkan terus dari penerbit buku ini iaitu Shuth Network Sdn. Bhd. Sila layari laman web mereka DI SINI.

- Panduan Mendidik Anak Soleh