Tips Kebahagiaan Dalam Hidup



TIP KEBAHAGIAAN 'FIRST CLASS' : BANTU ORANG LAIN BERUBAH 
oleh: Ustaz Asraff Ayob

Assalamualaikum w.b.h

Tuan-puan yang dihormati, hari ini saya ingin berkongsi rasa, erti kebahagiaan yang dicari dalam hidup : Dalam hidup, kita sering tercari2 erti kebahagiaan. Ia pula kerap dicari dari sumber ini : Kebahagiaan material : kita bahagia bila duduk di rumah yang selesa, besar dan nyaman, ditemani kereta yang cantik dipandang dan selamat dipandu.

Tetapi nasihat cerdik-pandai, kebahagiaan seperti itu tidak kekal lama, bahkan ia mungkin berkongsi malapetaka. Bila kereta mahal digores orang, kita murung seminggu. Andai telefon canggih terhempas & rosak, wajah ceria sekelip mata bertukar muncung berduka.

Maka, apakah kebahagiaan yang lebih tinggi dari semua itu?
Ia dipanggil : SPIRITUAL HAPPINESS.

Rasa bahagia bila membahagiakan orang lain. Rasa bahagia bila berbuat sesuatu untuk 'membahagiakan' Tuhan. Dan caranya mudah. 

PERTAMA : cukup anda 'halalkan' duit baki belian mee rebus makcik tepi jalan, terima kasihnya yang tak putus mampu memberi efek bahagia. Dan ia lebih luarbiasa kerana efeknya berganda : bahagianya berpanjangan plus pahala dan barokah Tuhan.

KEDUA : Bahagia bila melihat orang lain berubah, dari tidak tahu kpd tahu. Dari zero kepada hero. Itu juga antara jenis kebahagiaan yang ingin kita cari. Tidak ada yg lebih bermakna dalam hidup bila melihat orang lain berjaya hasil usaha kita. Kata orang putih - priceless.