Akidah: Satu Kesimpulan


Sebelum membaca artikel, anda terlebih dahulu perlu membaca artikel-artikel berikut:
  1. Pendahuluan
  2. Asas-Asas Akidah
  3. Peranan Akidah Dalam Kehidupan Masa Kini
Akidah merupakan santapan rohani.  Rohani yang kosong daripada akidah akan menjadi lapar dan dahaga lalu mudah ’menelan’ pelbagai hasutan syaitan.  Sekiranya kepentingan akidah tidak diutamakan, pelbagai kesan buruk akan melanda individu, masyarakat dan negara.  Contohnya, individu Muslim yang lemah akidah, sungguhpun kuat bekerja, hanya akan menjadi hamba wang.  Wang, seperti yang kita sedia maklum jika dijadikan tuan (the purpose) boleh meruntuhan institusi kekeluargaan, menggugat perpaduan dan keharmonian negara dan boleh membawa kepada kehancuran.  Manakala individu Muslim yang teguh imannya terhadap Allah s.w.t, akan menjadikan wang sebagai alat untuk mendapat keredhaan Allah s.w.t. dan kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Oleh itu, akidah mesti dipertahankan supaya hanya akidah sahih yang berpandukan Al-Quran dan al-hadis menjadi panduan, ikutan dan keyakinan kepada kita.  Kita mesti menolak mana-mana akidah yang menyeleweng, batil dan kufur samada dibawa oleh orang perseorangan, kumpulan, jemaah dan sebagainya.  Kita juga mesti menolak mana-mana penjajahan yang dilakukan oleh kaum kafir khususnya penjajahan pemikiran melalui media massa.  Dalam hal ini, kita hendaklah berwaspada dengan berpegang teguh kepada ajaran Allah s.w.t. dan Nabi Muhammad s.a.w.

 
BIBLIOGRAFI /SUMBER RUJUKAN
  1. Al Quran Al Karim Ismail Omar, Manhaj Aqidah Ahli As-Sunnah Wal Jamaah, Shah Alam : Access Infotech (M) Sdn Bhd (1999)
  2. Fathi Yakan , Apa Ertinya Saya Menganut Agama Islam ?
  3. Imam Abu Ja'far At-Tawahi al-Misri, Al-'Akidah At-Tahawiyah (The Islamic Belief), diterjemahkan oleh Iqbal Ahmad A'zami, UK Islamic Academy
  4. Sheikh Abdul Aziz bin Baaz, Al-Duruus Al-Muhimmatu li'aammati al-Ummati, Riyad : Dar Adhwa' (2002)