Cinta Dan Seks Itu Berbeza


Ramai anak muda yang tidak faham bahawa cinta dan seks itu adalah berbeza dan tidak datang bersama-sama. Perkataan seperti 'making love' tidak harus diterjemahkan dalam konteks budaya barat dan ia adalah manipulasi terbesar oleh golongan yang cuba mengambil kesempatan terhadap golongan yang lemah dan 'naive' serta lurus bendul.

Bercinta adalah tidak salah dan perlu digalakkan. Namun, cinta tidak perlu hadir bersama seks. Cinta adalah ekspressi perasaan kasih sayang terhadap sesuatu individu dan mahluk ciptaan Allah s.w.t. Ia meliputi cinta sesama insan, kepada ibubapa dan binatang peliharaan. Artikel dari ayahanda 'Love' menghuraikan makna cinta sebenar ini.

Oleh itu, anak-anak sekelian, jika anda bercinta, janganlah mudah termakan pujuk rayu atas nama cinta. Jika seks dijadikan pra-syarat oleh pasangan anda untuk membuktikan cinta, maka itu bukan cinta namanya. Itu cuma persaan hawa nafusnya terhadap anda dan tanpa seks dia tak mahukan anda. 


Atas sebab salah faham makna seks dan cinta inilah, lahir perlakuan luar tabie' dan merosakkan seperti seks sesama jenis, seks dengan kanak-kanak bawah umur dan masih bersekolah, seks dengan ibubapa dan adik beradik dan lain-lain perlakuan seks yang boleh menghancurkan kehidupan masa depan.

Ingat cinta adalah sayang dan mahukan insan yang disayang hidup bahagia, senang dan dirahmati Allah s.w.t. Cinta bukan untuk membebankan orang dicinta dengan masaalah dan tanggungjawab yang tidak sepatutnya dipikulnya lagi. Cinta adalah pengabadian untuk memastikan orang yang dicinta selamat dan sejahtera. Cinta bukan untuk memuaskan hawa nafsu dan gelora seks sahaja. Cinta dan Seks itu adalah berbeza!

- Cinta Dan Seks Itu Berbeza