Lebih Mudah Belajar Grammar English Dalam Bahasa Malaysia


Semasa membentangkan lapuran peperiksaan UPSR yang lalu, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Tan Sri Abd Ghafar Mahmud turut mendedahkan kejatuhan dalam tahap pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris. Ini berlaku biarpun terdapat usaha-usaha bagi memperkasakan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar dengan dilapurkan Kementerian Pendidikan telah membelanjakan sebanyak RM 270 juta dalam program mentor Bahasa Inggeris.

Rasanya tidak perlu kita debatkan soal pentingnya Bahasa Inggeris itu. Ia adalah jelas yang Bahasa Inggeris adalah amat penting. Ia adalah bahasa ilmiah dan juga bahasa komunikasi utama dalam masyarakat antarabangsa. Jika kita ingin berjaya secara global, maka kita perlu fasih berbahasa Inggeris.

NoteSebenarnya Adalah Lebih Mudah Belajar Grammar English Dalam Bahasa Malaysia!

Malah dalam negara kita sendiri pun, Bahasa Inggeris semakin kerap digunakan termasuk dalam temuduga pekerjaan dan urusan semasa. Terdapat juga banyak dokumen-dokumen dan surat cara yang ditulis dalam Bahasa Inggeris. Pendek kata, jika tidak cekap berbahasa Inggeris, maka peluang kita juga mencari berkurangan.

Dua kelemahan utama rakyat Malaysia bila berbahasa Inggeris adalah:
  • Grammar (tatabahasa)
  • Vocabulary (perbendaharaan kata)
Untuk meningkatkan perbendaharaan kata, biasanya kita disuruh membaca banyak bahan berbahasa Inggeris dengan kamus sentiasa di sisi bagi memastikan kita mengenal perkataan baru setiap hari. Ini perlukan disiplin diri dan semakin banyak kita membaca, semakin banyak perkataan kita ketahui.

Akan tetapi 'grammar' bukanlah sesuatu yang mudah untuk difahami terutamanya jika 'asas' Bahasa Inggeris kita adalah lemah. Kerana itu, saya tidak hairan jika melihat ramai pelajar menjadi keliru dalam kelas Bahasa Inggeris kerana tidak faham apa yang di ajar oleh cikgu di dalam kelas. Cikgu pula terpaksa mengikut program yang telah ditetapkan agar dihujung tahun semua topik yang perlu di ajar telah di ajari.

Oleh itu, ibubapa kena memainkan peranan juga membantu anak-anak memperbaiki grammar atau tatabahasa mereka agar tidak ketinggalan jauh di dalam kelas. Masaalahnya, jika ibubapa pun tidak cekap dalam soal grammar ini. Apa yang perlu di buat?


Amnya ramai yang tidak tahu perkara asas seperti 'tenses' dalam Bahasa Inggeris. Bila mahu digunakan 'have' dan bila perlu gunakan 'have' atau 'has'? Begitu juga hal-hal berkaitan 'subject & verb agreement'. Bila kita gunakan 'kick' atau bila kita gunakan 'kicks'?

Jika kita membeli buku grammar di kedai-kedai, mungkin kita akan bertambah keliru lagi. Apa taknya, buku tersebut di tulis dalam Bahasa Inggeris. Jika ada dalam Bahasa Malaysia sekalipun, ia ditulis dengan cara mempertejemahkan sahaja buku-buku grammar Bahasa Inggeris yang ada.

Oleh itu, anda perlulah mencari buku yang ditulis:
  1. Dalam Bahasa Malaysia
  2. Dalam bentuk yang 'asas' dan mudah difahami oleh mereka yang betul-betul lemah dalam bahasa ini.
Di sini, saya mencadangkan anda membeli buku 'Buku Fizikal English Itu Mudah - Belajar Grammar English Dalam Bahasa Malaysia'. Rasanya ia antara buku grammar Bahasa Inggeris yang paling mudah untuk difahami. Lihat video di bawah untuk teknik pengajaran yang digunakan.



Buku fizikal ENGLISH ITU MUDAH ini adalah merupakan satu buku yang mengupas semua yang berkaitan dengan grammar English dalam Bahasa Malaysia. Ia mengandungi 18 topik setebal 129 halaman mukasurat. Buku ini amat berkesan kerana semuanya ditunjukkan dengan ringkas serta disertakan dengan contoh dan maksudnya dalam Bahasa Malaysia. Buku ini juga sangat efektif untuk dipelajari dalam masa yang singkat kerana penggunaan pendekatan warna bagi setiap patah perkataan dan juga ilustrasi gambar, yang pasti akan menarik minat anda untuk mempelajari setiap topik grammar English ini.

Jika anda berminat, sila lawati laman web English Itu Mudah. Hubungi penulisnya untuk tujuan muat turun. Saya cuma tolong canang sahaja.

- Lebih Mudah Belajar Grammar English Dalam Bahasa Malaysia