TypeFace Blogger Template



Satu lagi blogger template yang agak saya minati adalah TypeFace Blogger Template. Tarikan utamanya adalah dari segi kekemasan dan kombinasi warna yang amat menarik. Ia juga dilengkapi dengan slider yang agak lebar dan sesuai bagi mereka yang punyai posting lama dan tidak luput maklumatnya yang boleh sentiasa di promosikan di muka depan blog.

TypeFace Blogger Template dihasilkan oleh Lasantha dari premiumbloggertemplates.com. Layoutnya mempunyai 2 kolum iaitu satu sidebar widget di sebelah koulum posting. Terdapat 4 kolum widget pula disediakan di bahagian footer bagi mereka yang mempunyai banyak maklumat yang mahu diletakkan. Anda boleh lihat demo nya di SINI.

Template ini agak sesuai untuk blog peribadi atas ciri-ciri minimalist design dan layout yang sempurna untuk menyampaikan artikel berterusan. Slider juga disedikan bagi artikel yang mahu diletakkan sebagi 'featured post' sebagaimana yang diterangkan di atas. Manakala butang dan pautan bagi 'social medias' juga turut disediakan dan mudah di edit.

Jika anda berminat dengan TypeFace Blogger Template, sila muat turunnya di SINI. Percuma tau!

- TypeFace Blogger Template