Anak-Anak Kembali Ke Sekolah

Selamat tahun baru semua. BKB berharap tahun baru ini akan membawa lebih rahmat dan keberkatan berbanding tahun-tahun yang sudah. Jika ada azam lama yang belum dilunaskan, mungkin patut dilunaskan dahulu sebelum menzahirkan azam baru. Kira ‘carry forward’ lah, kan? Bagaimana dengan persiapan tahun baru? Bagi mereka yang berkeluarga pastinya ada banyak yang perlu difikirkan terutamanya jika punyai anak-anak yang bersekolah. BKB juga sibuk menggunakan minggu terakhir 2013 bagi menyediakan anak-anak untuk kembali ke sekolah bagi tahun 2014. 


Mana-mana pakaian dan kasut sekolah yang sudah mengecil atau koyak itu perlu ditukar baru. Yuran-yuran sekolah yang belum dijelaskan juga perlu disediakan awal-awal, manakala buku-buku serta alat tulis hendaklah dipastikan mencukupi. Janganlah sampai menyusahkan kawan-kawan dengan meminjam nanti. 

Untuk tahun 2014 nanti juga, pasti ada ibu bapa yang perlu mempersediakan anak-anak bagi peperiksaan UPSR, PMR, SPM mahpun STPM. Oleh itu, perancangan awal perlu dibuat juga. Perlu difikirkan samada perlu atau tidak anak-anak itu dihantar ke pusat tuisyen. Jika ya, berapa subjek yang mahu di ambil dan sebagainya. Jika mahu berjanji (beri hadiah untuk keputusan cemerlang), pastikan janji boleh ditetapi. Jangan buat janji yang kita tahu kita tidak mampu tunaikan. Nanti kecewa anak-anak itu pulak dan tidak bagi bagi emosi dan fikiran mereka. 

Itu sahaja coret-coret BKB bagi membuka lebaran tahun baru 2014 ini. Dah lama tidak menulis di blog ini, terasa rindu pula. Untuk anak-anak semua – Selamat Tahun Baru 2014 dan Selamat Kembali Bersekolah. Jangan nakal-nakal ya!

*Gambar ihsan: www.wixon.com.my

- Anak-Anak Kembali Ke Sekolah