Mengapa Jadi Begitu?



Kejadian tembakan menggunaan ‘air gun’ di Kota Kinabalu, Sabah semalam amat memeranjatkan dan merisaukan banyak pihak. Apatah lagi yang disyaki terlibat adalah golongan REMAJA dan ia dilakukan tanpa sebarang motif yang jelas. Apa sudah jadi dengan anak-anak muda kita sekarang? Adakah budaya merosakkan dan membuat kacau kini menjadi sebahagian dalam hidup mereka? Mengapa boleh jadi begitu?  


Sehingga artikel ini ditulis, belum ada pengesahan akan siapa yang buat salah. Pihak polis cuma memperolehi video klip dari CCTV yang menunjukkan bahawa mereka yang terlibat menggunakan penutup muka dan berada dalam dua kumpulan. 

Yang jelas dalam rakaman CCTV itu, mereka-mereka ini masih muda dan melepaskan tembakan dari jauh menggunakan ‘air gun’. Biji guli dijumpai di tempat kejadian yang menunjukkan bahawa senjata itu diubahsuai dengan memasukan guli sebagai peluru. Di mana dan bagaimana mereka mendapat ‘air gun’ itu masih menjadi tandatanya. Pihak polis kini membuat siasatan pada operator-operator ‘paintball’ bagi mencari jawapan kepada persoalan-persoalan di atas.

Semoga mereka yang terlibat dapat ditangkap dan dikenakan tindakan sewajarnya. Kita tidak mahu kejadian sebegini berulang dan menjadi contoh yang buruk buat anak-anak muda kita.  

- Bina Keluarga Bahagia