Burung Oh Burung


Suka tengok gambar burung di atas tu. Menarik bukan? Pandai jurugambar yang mengambil gambar kedua-dua ekor burung tersebut. Tentunya dia seorang yang sabar dan menunggu masa dan ketikanya untuk mendapat aksi terbaik dari haiwan tersebut. Kalau hendak dapat sesuatu yang hebat tu, kena lah ada kesabaran dan disiplin. Tidak boleh ikut suka hati sahaja. Hal ini juga perlu diterapkan pada anak-anak kita. Kita juga sebagai ibubapa kena jadi contoh yan baik. Tak boleh teriak-teriak dan marah-marah. Keep calm dan senyum selalu.


Hajat hati hendak ambil gambar burung di KL Bird Park nanti. Kat situ lebih senang bagi mereka-mereka yang guna kamera  kompak dan kamera telefon. Yang ada kamera DSLR, boleh lah cuba Bird Watching di kawasan-kawasan hutan dan mencabar sedikit. Apa-apa pun sabar dan disiplin kunci kejayaan kita. Insya-allah...