Piala Thomas 2014: Anak Malaysia Bangga Dengan Kejayaan Malaysia


Rasanya belum terlambat untuk mengucapkan sekalungan tahniah buat wira-wira Malaysia yang mengharumkan nama negara dalam kejohanan Piala Thomas 2014 yang baru tamat hari Ahad yang lalu. Biarpun, pasukan kebangsaan gagal membawa pulang piala yang berprestij itu, namun persembahan yang ditunjukkan dan semangat juang yang tinggi amat membanggakan kita rakyat Malaysia. Mungkin tuah kita belum lagi. Insya-allah di edisi akan datang, kita akan berjaya pula.


Bagi BKB, ahli-ahli sukan yang berjaya dan bersemangat juang yang tinggi ini patut dijadikan 'idola' remaja kita semua. Bila bercakap pasal idola ini, jangan salah anggap dan terus paksa ibu bapa beli raket badminton dab mahu jadi 'the next' Lee Chong Wei. Maksud BKB adalah semangat kesungguhan untuk berjaya dan cuba duduk sama tinggi dengan jaguhan dunia yang lain. Ini boleh dibuat dalam banyak bidang terutama yang kita selesa samada sukan, seni, sains dan lain-lain lagi.

Jadikan semangat kecintaan pada negara suatu yang tinggi dihati dan mahu lihat negara kita aman damai dan mampu bersaing dalam semua bidang termasuk dari segi ekonomi, ketenteraan, sukan dan sebagainya. Janganlah kita sibuk bertengkaran sesama kita sebaliknya cuba berkerjasama dan mencapai halatuju yang sama biarpun punyai pemikiran yang berbeza. Ayuh! anak Malaysia semua, berbanggalah jadi Anak Malaysia. 

Sekali lagi tahniah skuad badminton negara yang mara ke final Piala Thomas 2014