Projek Buat Cupcake Sempena Hari Guru


Selain dari bisnes cupcake, anda juga boleh membuat cupcake bagi tujuan peribadi dan sambutan hari-hari tertentu. Contohnya: Anda boleh buatkan anak-anak anda cupcake jika mereka mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan  (insentif: mereka suka tu) dan juga bagi hadiah untuk cikgu-cikgu sempena Hari Guru. Itulah kami lakukan baru-baru ini dengan menyediakan cupcake sebagai cenderahati sempena Hari Guru.


Itu memastikan cupcake yang dibuat segar semasa disampaikan pada guru-guru, maka kami terpaksa bangun awal pagi dan memulakan projek kami dalam keadaan separuh mengantuk :D Arghh.. Akan tetapi, ia merupakan cabaran yang amat menyeronokkan dan anak-anak kami pun enjoy membantu bagaikan satu ‘aktiviti hiburan’ buat mereka.

Oleh kerana ada ramai guru-guru yang mahu diberikan cupcake, maka tiga kali kami perlu masukkan bekas cupcake ke dalam oven. Nasib baiklah, memasak cupcake ini bukanlah lama. Kalau tidak, sure kena bangun pukul 1 pagi untuk menyediakan cupcake bagi Hari Guru ini. 


Selepas siap, ia diletakkan di atas kain cenderahati yang ditempah khas untuk tujuan ini dari internet :D Untuk makan pagi, kami boleh layan juga cupcake lebihan dan kek coklat yang dibuat pada sebelah malam.