Pengaruh Game of Thrones ke atas Kucing Liar Terkecil di Dunia - African Black Footed Cat di Zoo Philadelphia


Game of Thrones sememangnya sangat berpengaruh.  Menurut news.com.au, sepanjang tahun 2013, sebanyak 1135 Arya, 241 Khaleesi, 67 Daenerys dan 15 Theon telah dilahirkan di America Syarikat.  Entah berapa ramai pula di negara-negara lain di seluruh dunia.  Nampaknya pihak pengurusan di Zoo Philadelphia juga merupakan peminat Game of Thrones kerana 3 ekor anak kucing African Black Footed iaitu kucing terkecil di dunia telah diberi nama Rhaegal, Viserion dan Drogon sempena nama naga-naga milik Daenery.


Lihatlah aksi-aksi ligat anak-anak kucing comel tersebut :


Sekali imbas macam anak kucing biasa (tabby) tapi apabila dilihat tompok-tompok hitam pada badan, nampak macam harimau bintang (leopard) pula. Minat jaga anak kucing? Baca tips penjagaan anak kucing yang baru lahir.