Rawatan Gout: Rhizoplus Dan Apple Cider



Penyakit gout jika tidak di berikan rawatan awal boleh memberikan pelbagai komplikasi kepada pesakit dan dalam kes yang tertentu boleh membawa maut. Akan tetapi, dengan langkah-langkah pencegahan awal yang diambil, insya-allah masaalah ini boleh di atasi tanpa memerlukan pesakit menggunakan ubat-ubatan yang boleh membawa kesan sampingan yang tidak diingini di masa akan datang.

Memahami Penyakit Gout
Oleh kerana penyakit gout sering menyerang mereka yang sudah berusia, maka ramai yang pandang remeh akan penyakit ini. Namun, harus diingat bahawa tanpa diet dan permakanan yang betul, anda boleh mengalami masaalah ini lebih awal lagi. Oleh itu, pastikan juga anda sering membuat medical check-up atau melihat samada terdapatnya tanda-tanda penyakit gout dalam diri sebelum terlewat.

Dalam bahasa yang mudah, gout merujuk pada kandungan sejenis asid dalam badan anda (asid urik) yang berlebihan dalam darah anda. Ada banyak faktor yang boleh menyebabkan fenomena ini, namun cukuplah untuk kita fahami bahawa ia boleh hadir akibat dari faktor permakanan atau diet yang tidak betul dan juga ada sedikit kaitan dengan keturunan.


Bagi mereka yang pernah mengalami penyakit gout, pasti tahu akan kesakitan yang amat sangat bila bahagian sendi menjadi bengkak apabila asid urik yang berlebihan ini mendap di dalam sendi, lantas menyebabkan keradangan sendi. Masa ini lah ramai yang bergegas ke klinik atau hospital bagi mendapatkan rawatan. Akan tetapi jika bengkak itu di bahagian sendi kaki, bagaimanakah anda mahu memandu kereta ke klinik? Sengasara bukan? 

Oleh itu, periksa dengan awal atau lebih baik lagi kurangkan makanan berprotein tinggi seperti daging dan makanan laut. Elak juga minuman keras, susu dan amalkan cara hidup sihat dengan bersenam dan bersukan.

Akan tetapi, apabila sudah terkena penyakit gout, maka apa yang boleh anda buat sementara waktu ialah:-
  • berjumpa doktor di klinik
  • mengambil Non Steroidal Anti-Inflammatory Drugs’ (NSAIDs) – Ubat ini dapat mengurangkan rasa sakit dan bengkak.
  • mengambil Allopurinol– ubat ini dapat mengurangkan tahap asid urik. Kesan sampingan seperti ruam dan alahan yang serius boleh berlaku. Sekiranya ini berlaku, anda mesti menghentikan pengambilan ubat ini dengan serta merta.

Semua langkah-langkah di atas adalah bersifat sementara dan TIDAK HARUS dipraktikkan! Ia cuma bertujuan untuk mengurangkan sakit sendi, mengurangkan kekerapan serangan dan mengelakkan komplikasi penyakit gout. Sebaiknya anda mengubah diet anda mendapatkan penawar gout yang organik dan tidak memberikan kesan sampingan di masa akan datang.

Dapatkan Rhizoplus - Penawar Gout, Migrain Dan Resdung Paling Mujarab DI SINI.

Tanda-Tanda Penyakit Gout
Satu perkara yang pastinya boleh mengurangkan kerunsingan anda semua adalah fakta bahawa penyakit gout ini boleh dikesan dan keduanya ia boleh di rawat dengan menggunakan bahan organik. Bagi mereka yang berminat untuk membuat pemerikasaan awal samada ada atau tidak penyakit ini dalam diri anda, bolehlah pergi ke klinik atau hospital berdekatan. Antara pemerikasaan yang boleh dibuat termasuklah ujian cecair sendi dan ujian darah yang boleh menentukan tahap asid urik dalam darah anda. Selain dari itu, ujian X-ray dan USS boleh menunjukkan kerosakan pada tulang sendi (tidak ketara jika dalam tahap awal).



Tanda-tanda penyakit ini boleh dirasai bila berlakunya sakit sendi secara tiba-tiba, terutama di ibu jari kaki, lutut dan pergelangan kaki. Selain dari itu anda boleh juga demam ataupun sendi menjadi bengkak, panas, merah dan teramat sakit.

Sendi menjadi sakit dan bengkak ini boleh berlaku secara tiba-tiba bila tahap asid urik menjadi terlalu berlebihan tanpa diketahui oleh anda. Tambahan pula anda meningkatkan permakanan bahan protin dan mengurangkan pengambilan air minuman (air masak tanpa campuran perasa).

Ingatan: Jangan Biarkan Penyakit Berlanjutan
Seperti yang dinyatakan tadi, pergi ke klinik dan mengambil ubat-ubatan adalah langkah sementara sahaja, Ia boleh berulang jika tidak dirawat sepenuhnya. Ingat! serangan sakit sendi yang berulang kali boleh mengakibatkan kerosakan sendi dan menjejaskan fungsinya. Ini sangat merbahaya. Apabila anda membiarkan mendapan asid urik ini terus berlebihan  ia boleh ‘tophi’ di jari, siku, tangan termasuk cuping telinga.

Seterusnnya, mendapan asid urik di buah pinggang ini akan membentuk batu karang yang boleh meningkatkan risiko jangkitan kuman dan juga kegagalan buah pinggang. Oleh itu, jangan sesekali biarkan sakit ini berulang selepas memakan pil-pil atau ubat-ubatan dari doktor. Teruskan mendapatkan rawatan terutama memakan bahan-bahan food supplement yang organik, mengurangkan daging/seafood, minum banyak air dan bersenam.

Rawatan Dan Petua Sakit Gout 
Saya menulis artikel ini sebagai bekas pesakit gout dan bermacam-macam cara yang saya cuba untuk mengurangkan kandungan asid urik dalam badan dan menghapuskan gout sepenuhnya. Bukan takut mati, akan tetapi anak-anak kita masa kecil lagi, maka jika kesihatan tidak dijaga, maka wang yang sepatutnya disalurkan pada pendidikan dan membesarkan anak-anak akan habis dengan belanja duduk di hospital dan pembedahan yang tidak diperlukan.

Untuk mengurangkan makanan daging sepenuhnya bukan mudah ya. Sana sini kita pergi, banyak tempat akan menghidangkan seafood dan makanan berlaukkan daging. Kalau dijemput orang, nanti kecik hati pula orang tersebut bila menolak makanan yang dihidangkan. Oleh itu, selain dari cuba diet, pastikan juga anda minum banyak air dan memakan supplement yang sesuai.



Antara yang terbaik dipasaran termasuklah meminum Apple Cider (rasanya memang pahit dan tidak sedap :D ), Miko (produk Jepun yang agak mahal) dan juga memakan Rhizoplus Azzahra, kapsul herba yang dihasilkan daripada 100% herba dan mengandungi 100% bahan organik. Saya rasa ada lagi produk yang sesuai di pasaran, cuma bagi saya yang tiga ini pun sudah sesuai bagi saya dan tahap kandungan asid urik dalam darah saya kini sudah menghampiri tahap normal. 



Bagi mereka yang ada tanda-tanda penyakit gout atau sudah beberapa kali diserang penyakit gout, harap ambil tindakan segera dan merawat sakit ini sehingga pulih sepenuhnya. Ingat sakit gout boleh diubat dan rawatannya kini tersedia di hadapan anda.

- Rawatan Gout: Rhizoplus Dan Apple Cider