Tahukah Anda Cara Mudah Belajar Matematik?


Teringat saya akan zaman persekolahan dahulu. Dari darjah satu hinggalah ke tingkatan dua, matematik adalah matapelajaran yang banyak memberi masaalah besar buat saya. Puas saya cuba belajar matematik bersungguh-sungguh, namun ia bukanlah subjek yang mudah buat saya. Namun, semuanya berubah bila saya diajar oleh Pak Yem atau Cikgu Ibrahim. Terima kasih buat cikgu, semuanya menjadi terang belaka selepas itu.

Teknik Matematik   
Pertamanya, belajar matematik perlu ada teknik. Tak boleh semberono sahaja dengan pergi tuisyen atau baca buku teks. Jika anak anda masih gagal selepas pergi tuisyen, maka, saya candangkan hentikan saja kelas tuisyen tersebut dan cari yang lain pula. Mungkin teknik yang diajar itu tidak sesuai dengan anak anda, mahupun guru yang mengajar itu sekadar mengajar dengan tujuan menambahkan pendapatan tanpa memikirkan kemajuan muridnya. Maaf ya, memang ada kes-kes sebegini berlaku. Ini bukan tuduhan tetapi satu kenyataan.


Oleh itu, perlu dicari teknik yang sesuai untuk membantu anak anda faham matematik. Lebih baik lagi jika anda sendiri mempelajari matematik semula dan membantu anak anda memperbaiki pencapaian dalam matapelajaran ini. Dengan teknik yang sesuai dan formula yang betul, matematik boleh menjadi satu subjek YANG MUDAH DIFAHAMI!

Cara Mudah Belajar Matematik 
Seingat saya semasa belajar matematik dahulu dari Pak Yem, perkara UTAMA yang membantu kita faham matematik dengan mudah adalah penggunaan formula yang ringkas dan tidak terlalu berbelit-belit. Acapkali, matematik menjadi susah bila guru kurang memberi penekanan pada penggunaan formula yang sesuai yang ringkas hingga pelajar menjadi pening kepala dan merasakan matematik itu susah. Oleh itu, langkah pertama adalah mendapatkan guru yang tahu akan formula teringkas dan termudah ini atau jika tiada cari buku panduan matematik yang sesuai. Sebaiknya jangan guna buku teks sekolah atau buku rujukan peperiksaan. Rahsia matematik tidak tertulis dalam buku-buku sebegini dan cuma di dedahkan dalam buku-buku yang khas sahaja.

Belajar Matematik Online
Belajar matematik secara online adalah satu cara mudah untuk membantu anak-anak anda memperbaiki tahap pemahaman dalam subjek ini, namun sepanjang kajian saya, cuma laman web yang berbayar sahaja memberikan perkhidmatan yang baik dan itu pun mengambil masa dan boleh mengkempiskan poket anda. 

Belajar Mengira 
Sifir dan mengira adalah suatu perkara yang paling dipandang remeh oleh ramai orang sedangkan dalam matematik ia amat penting sekali. Sukar hendak menerangkan hal ini, namun anak saya merasai situasi ini semasa mengambil peperiksaan UPSR dua tahun lalu. Setelah banyak kali dipesan, namun dia masih enteng dalam soal mempertingkan kecekapan sifir darab dan bahagi, dia kerugian banyak masa semasa menjawab soalan metematik UPSR. Akibatnya, dia jadi panik apabila masa semakin hampir untuk habis dan membuat banyak kesilapan yang tidak sepatutnya dilakukan. Dari sasaran untuk mendapatkan 'A' bagi matematik, dia terpaksa berpuashati dengan 'B' sahaja. Oleh itu, pastikan kemahiran mengira anak anda dipertingkatkan agar lebih mudah belajar matematik

Latihan, Latihan Dan Latihan
Matematik bukanlah subjek menghafal seperti sejarah, geografi dan sebagainya. Ia adalah subjek yang perlukan pemahaman dan skill. Seperti sains, sukan, kraftangan, bahasa dan sebagainya, untuk mempertingkatkan kecekapan atau skill perlukan banyak latihan. Buat seberapa banyak soalan matematik yang boleh setiap hari. Lagi banyak, lagi bagus. Cara belajar matematik memang begitu. Bila saya cakap mudah tidak bererti boleh relaks-relaks sahaja ya. Kecuali otak anda genius macam Bill Gates atau Mark Zuckerberg, anda masih perlu berlatih banyak kali untuk menjadi cekap. Akan tetapi dengan formula dan teknik yang betul, lebih mudah untuk memahami dan bagus dalam subjek ini.

Download: Teknik Rahsia Matematik DI SINI

Yang baiknya mengenai subjek berskill dan pemahaman seperti matematik ini, ia tidak mudah hilang dari otak anda. Ingat, anda faham matematik dan bukannya hafal matematik. Sekali anda faham, selamanya anda akan faham! Walaupun sudah lebih 15 tahun saya tidak buat atau belajar matematik, namun saya masih mampu bantu anak-anak bagi persiapan UPSR dan PMR. Mungkin akan rusty sedikit tetapi tetap boleh tolong.

Oleh itu, pastikan anak anda mendapat cara termudah belajar matematik. Ia subjek yang amat penting dalam kurikulum persekolahan di mana-mana tempat diseluruh dunia. Ilmu matematik boleh membantu anda ke pelbagai profession yang dipandang tinggi masyarakat seperti akauntant, jurutera, saintis dan lain-lain lagi. Jangan mudah mengalah dan ingat matematik itu mudah sebenarnya.

Download: Teknik Rahsia Matematik DI SINI

- Tahukah Anda Cara Mudah Belajar Matematik?