Gambar 4D Al-Masjid Al-Haram Mekah


Bagi mereka yang belum memasuki dan melihat sendiri keindahan Al-Masjid Al-Haram di Mekah, anda boleh lihat sendiri di bawah menerusi gambar 4D. Gunakan handphone anda iPhone atau Android dengan paparan menggunakan Chrome. Gerakkan handphone bagi melihat sekitar masjid ini seolah-olah anda berada di sana sedang mengambil gambar. Al-Masjid Al-Haram Mekah adalah salah sebuah masjid tertua di dunia dan terbesar sekali dengan keluasan 356,800 meter persegi bagi solat di bahagian dan luar masjid ini.


Ia boleh memuatkan sehingga 2 juta jemaah haji dalam satu ketika yang merupakan satu perhimpunan terbesar di dunia setiap tahun di musim haji.