Pilih Lauk Di Bazaar Umpama Buffet Ramadhan


Adakalanya bila membeli-belah untuk berbuka puasa dibulan Ramadhan ini, kita boleh jadi berlebihan pula. Melihat juadah-juadah yang dijual di Bazaar Ramadhan, hati jadi meluap-luap untuk membeli dan merasa. Apatah lagi bila ia dihidangkan dengan menarik dan nampak menyelerakan. Akibatnya, bila pulang ke rumah, meja penuh dengan makanan. Sampai dua tiga hari pun tak habis. Dah macam Buffet Ramadhan pula. Ambil sebanyak mana mahu, lauk masih tak habis juga. 




Oleh itu, bila ke Bazaar Ramadhan, sebaiknya bawa wang sedikit sahaja. Tinggalkan dompet bersama yang tersayang dan bawa setakat bajet makan untuk berbuka (dan sahur) sahaja. Oleh itu, kita tidak akan terlebih beli dan dapat mengelakkan pembaziran. Beli juga makanan yang mudah disimpan dalam fridge jika tidak boleh habis dan gunakan ketuhar microwave untuk menghangatkan kembali makanan untuk sahir atau berbuka pada hari lain pula. Jangan suka membuang makanan ya.

Bagi mereka yang berkemampuan dan mahu makan di restoren atau hotel-hotel yang menawarkan Buffet Ramadhan, buat penyelidikan dulu. Cari tawaran yang paling baik buat anak sekeluarga pada bajet yang terbaik. Pastikan anda mudah ke sana dan tempat duduk boleh di booking dengan panggilan telefon sahaja. Jangan pula sampai ke sana, tiada tempat duduk. Sengasaranya hendak cari tempat lain. :D