Panduan Mengambil Lesen Memandu Kenderaan

 
Semasa saya mengambil lesen memandu, saya baru sahaja berumur 16 tahun. Ujian yang diberikan agak mudah bagi saya yang selalu menggunakan kereta ayah dan motorsikal abang secara ‘illegal’ di jalan raya. :D Namun, ini tidak bermakna ia mudah buat semua orang, terutama bagi mereka yang ada perasaan takut dan gementar ketika memandu. Begitu juga bagi mereka-mereka yang sukar dalam menjawab soalan-soalan ujian bagi lesen ‘L’. Untuk itu, saya rasa anda perlu bersedia lebih awal dan pertingkatkan kekuatan mental dan juga skill mengendali kenderaan.



Walaupun ujian bagi lesen memandu sudah banyak berubah semenjak saya mendapat lesen saya dahulu, namun berdasarkan pemerhatian saya, cara mendapatkan lesen itu masih sama. Si pemandu perlu bersedia dari segi mental dan fizikal. Berikan tumpuan sepenuhnya untuk tujuan ini dan pilih masa yang sesuai yang mana anda tidak diganggu oleh aktiviti lain seperti mengurus anak sekolah dan sebagainya. Jangan bazirkan wang anda dengan latihan memandu yang tidak berkualiti dan dengan fikiran yang hiruk pikuk. Kos mengambil lesen hari ini bukan murah. Bayangkan jika anda terpaksa mengambil lesen beberapa kali? Berapa banyak kerugian yang bakal anda tanggung dari segi masa dan wang ringgit?

Kunci bagi mendapat lesen memandu dengan cepat dan mudah ialah PERSEDIAAN. Jika diri sudah bersedia, maka keyakinan itu akan datang sendiri dan masaalah mental tidak akan menggangu anda semasa ujian lesen ‘L’ mahupun ujian lesen sebenar. Oleh itu, pastikan anda:-
  • Mendapatkan panduan terbaik dari pakar
  • Mempraktikan tips dan panduan yang diberi
  • Bersungguh-sungguh memperbaiki skill memandu
  • Bersungguh-sungguh menghafal undang-undang jalan raya dan buku panduan yang diberi
  • Cergas dan segar semasa ujian memandu
Kesilapan-Kesilapan Yang Sering Di Lakukan Semasa Ujian Memandu

1. Tidak berhati-hati semasa ujian komputer
 Untuk lesen ‘L” anda diperlukan menjawab soalan-soalan menggunakan komputer dan perlu betul sebahagian besar dari soalan-soalan itu. Pastikan anda membaca soalan dengan teliti dan menyemak jawapan yang diberi jika ada masa. Adakalanya anda gagal hanya kerana terlebih salah satu atau dua soalan sahaja.

2. Terlalu Yakin Di Jalan Raya
Mata anda boleh dipotong jika anda memandu secara merbahaya atau tidak membuat persediaan awal sebelum memandu (seperti membetulkan cermin belakang dsb). Oleh itu, perkara remeh-temeh ini perlu diberi perhatian agar anda tidak menjejaskan peluang anda mendapat lesen nanti.

3. Teknik Parking Yang Tidak Betul
Ramai yang gagal ujian parking kereta kerana tidak memahami dengan jelas cara membuat parking (meletakkan kereta) dengan betul di parkir. Jika boleh duduk semeja dengan guru anda dan fahami satu persatu teknik ini menerusi diagram sebelum menjalani latihan parking. Atau lebih baik lagi beli buku panduan mengambil lesen memandu. Ada sistem atau langkah-langkah mudah yang boleh dipelajari untuk mendapatkan parking yang sempurna.

4. Kawalan Klutch dan Minyak Yang Tidak Mantap
Bila ini berlaku, anda akan besar kemungkinan menghadapi situasi kereta mati enjin atau menggelunsur turun bukit. Bila ini berlaku, 70% dari anda akan jadi panik dan gagal dalam hal-hal lain, yang sudah pun anda cekap. Nasihat saya, jangan ambil lesen jika #4 ini belum anda kuasai!

Jika ada kereta di rumah, rajin-rajin berlatih setiap hari dengan panduan rakan/keluarga agar kaki anda sebati dengan alat kawalan klutch dan minyak. Apa yang diperlukan adalah kawasan luas untuk membolehkan anda membiasakan diri mengawal klutch dan minyak dengan sempurna. Untuk kawalan minyak dan klutch, saya rasa memang tiada jalan singkat. Anda perlu ‘FEEL’  atau rasa bagaimana klucth dan minyak berfungsi. Bila anda sudah faham dan dapat rasanya, maka ia akan jadi lebih mudah bagi anda. [Jom aktifkan mykad].

Download PANDUAN BELAJAR MEMANDU KERETA DI SINI

Saya harap anda semua mendapat panduan dari artikel ini. Saya rasa ada banyak buku panduan mengambil lesen memandu kenderaan yang boleh anda cari sebagai maklumat tambahan terutamanya teknik kawalan klutch dan minyak serta cara parking yang betul dan mudah. Semoga berjaya mendapatkan lesen memandu nanti. Insya-allah...

- Panduan Mengambil Lesen Memandu Kenderaan