Tips Dan Panduan Menurunkan Berat Badan


Obesiti atau berat badan yang berlebihan adalah satu penyakit kronik yang boleh membawa kepada pelbagai implikasi buruk pada kesihatan kita. Masaalah obesiti di kalangan rakyat Malaysia amat dipandang serius oleh kerajaan dan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S.Subramaniam telah mengesa rakyat agar mengamalkan cara hidup yang sihat dan mengekang obesiti. Menurut Datuk Seri Dr S.Subramaniam lagi, pada 1996, kadar obesiti di negara ini adalah pada kadar 44.4 peratus namun ia meningkat 15.1 peratus pada 2011 kepada 59.1 peratus. [Sumber: Utusan Malaysia, 29/03/2014].


 
Mengapa Kita Perlu Menurunkan Berat Badan?

Rasanya semua orang tahu yang berat badan berlebihan atau obesiti atau kegemukkan ini membawa kepada pelbagai penyakit yang merbahaya kepada kita semua. Jika ia tidak di atasi dan tiada usaha-usaha dijalankan bagi menurunkan berat badan, maka kita akan terdedah pada resiko penyakit-penyakit yang berikut:-
  1. Penyakit jantung koronari
  2. Kegagalan jantung
  3. Gout
  4. Tekanan darah tinggi (hypertension)
  5. Cerebrovascular disease
  6. Osteoarthritis
  7. Penyakit hepatobiliary (fatty liver dan batu hempedu)
  8. Diabetes Mellitus
  9. Metabolic syndrome
  10. Sleep apnoea
  11. Dyslipidaemia (kolesterol tinggi)



Oleh itu, kita perlu berusaha bagi memastikan bahawa berat badan kita berada pada tahap yang sesuai dan melakukan aktiviti-aktiviti yang mampu membantu kita mengekalkan berat pada tahap terbaik. Antara yang sering digalakkan pada orang ramai adalah aktiviti bersenam dan diet yang sesuai. Datuk Seri Dr S.Subramaniam sewaktu merasmikan ’Bulan Nutrisi Malaysia’ (NMM) Mac yang lalu, berkata, rakyat perlu mengelak daripada makan secara berlebihan dan perlu kerap membuat senaman sebagai langkah utama mencegah masalah obesiti secara berkesan. Beliau juga mencadangkan supaya orang ramai lebih kerap menggunakan tangga dan kurangkan penggunaan lif bagi mengurangkan kalori dalam badan mereka.

Maksud Kegemukkan Atau Obesiti

Ia bermaksud satu keadaan yang kompleks di mana seseorang individu itu mempunyai lemak berlebihan. Ia diukur dengan menggunakan penggiraan Body Mass Index – atau BMI (Indeks Jisim Badan).  Formula BMI adalah seperti berikut:

BMI = Weight (kg) / Height² (m) ²

Contoh: Berat (75 kg) / Tinggi (170cm²)
              = 26.0

atau anda boleh gunakan sahaja BMI calculator DI SINI.

Klasifikasi Obesiti

Klasifikasi obesiti di bawah adalah berdasarkan World Health Organisation (WHO) untuk rakyat Asia: 



Sekiranya anda mendapati yang anda berada dalam klasifikasi obesiti, maka anda perlu memulakan langkah-langkah bagi menurunkan berat badan anda dengan seberapa segera. Pada tahap obesiti kelas 1 (Lihat gambarajah BMI di atas), kesan-kesan atau penyakit seperti gout, hypertension dan Osteoarthritis sudah pun mula menular dan terasa di badan. Apa lagi bila ia ditahap lebih tinggi. Resikonya menjadi lebih tinggi dan merbahaya kepada anda.

Panduan Menurunkan Berat Badan

Menurunkan berat badan secara terbaik adalah menurunkannya secara natural dan beransur-ansur. Adalah tidak digalakkan sama sekali anda menggunakan pembedahan seperti Liposuction atau memakan ubat-ubatan yang boleh membawa kepada kesan sampingan yang tidak dikhendaki.

Antara perkara-perkara mudah yang boleh anda lakukan setiap hari termasuklah:-
  • Bersenam
  • Kurangkan kandungan gula dan karbohidrat dalam permakanan anda
  • Berpuasa
  • Banyakkan minum air biasa (plain water)
  • Tambahkan masa tidur di sebelah malam
  • Bila terasa lapar, makan sayur-sayuran dan buah-buahan
  • Buatkan diri rasa sibuk dan melupakan makan berlebihan

Rujukan: Dawn Jackson Blatner, RD, penulis buku "The Flexitarian Diet"

Untuk tips-tips dan panduan yang lebih detail dan advance, anda boleh juga rujuk e-book-e-book panduan tempatan yang boleh dimuaturun seperti:

Selamat mencuba dan please kurangkan berat badan ya...