Apakah Resiko Yang Di Hadapi Bila Obesiti Semasa Hamil



Soalan ini dikemukakan oleh seorang pembaca akhbar Utusan Malaysia di laman website akhbar tersebut dan telah di jawab oleh pakar perubatan bagi pihak Utusan. Adakah terdapat resiko pada ibu dan anak bila badan semakin membesar (obesiti) semasa hamil? Pembaca ini juga ingin tahu jika resiko ini boleh ditangani?


Amnya saiz besar/obesiti tidak menghalang wanita dari menjalani kehamilan yang sihat, akan tetapi... 


Komplikasi Kehamilan Akibat Obesiti
 
Ada beberapa komplikasi yang boleh memberi kesan pada kehamilan dan berat badan yang berlebihan boleh meletakkan anda dalam risiko yang lebih tinggi untuk mengalaminya.

Samada anda akan mengalaminya atau tidak, ada baik juga anda ambil tahu agar boleh lebih berhati-hati.

Komplikasi kehamilan biasa yang dikaitkan dengan berat badan berlebihan atau obes termasuk:
  • kencing manis
  • darah tinggi yang diakibatkan oleh kehamilan
  • pra-eklampsia
  • pelahiran pramatang
  • bayi besar (makrosomia).

Apabila tiba masa untuk bersalin, BMI yang tinggi boleh menyebabkan anda berkemungkinan untuk mengalami kelahiran dibantu (forseps atau vakum), pembedahan caesarean dan distosia bahu (bahu bayi tersangkut pada tulang punggung ibu semasa dilahirkan).

Para penyelidik juga telah mengaitkan obesiti dengan pertambahan risiko melahirkan bayi dengan kecacatan tiub neural dan masalah-masalah lain termasuk kecacatan jantung dan kecacatan pada dinding abdomen.

Pun begitu, risiko mengalami masalah-masalah ini sangat kecil. Akan tetapi anda tetap perlu berhati-hati

Secara idealnya anda di sarankan mengurangkan berat badan sebelum hamil. Tetapi jika anda sudah pun hamil semasa membaca artikel ini, anda masih boleh membantu diri dan bayi anda. Cara yang terbaik untuk mengurangkan risiko adalah dengan mengamalkan diet yang sihat, kerap bersenam dan mengikuti panduan penambahan berat badan.



Dalam pada itu adalah penting juga bagi anda berbincang dengan doktor tentang faktor risiko individu anda. Adakah anda mempunyai sejarah tekanan darah tinggi atau kencing manis? Adakah dalam sejarah keluarga anda mempunyai bayi yang besar? Apabila anda tahu faktor-faktor risiko peribadi ini, anda boleh bekerjasama dengan doktor untuk mendapatkan peluang terbaik melahirkan bayi yang sihat.

Amalkan cara hidup yang sihat, elakkan obesiti dan bina keluarga bahagia...