Kelas Belajar Bahasa Inggeris


Bagi mereka yang telah membeli buku panduan belajar Bahasa Inggeris “English itu Mudah”, saya ucapkan TAHNIAH dan semoga terus dapat memperbaiki penguasaan Bahasa Inggeris ke tahap yang lebih baik lagi. Rajin-rajin praktikkan ilmu yang telah dipelajari dan jangan malu-malu untuk mencuba menggunakan Bahasa Inggeris dengan rakan-rakan dan keluarga anda. Ingat: “Practice makes perfect”.


Untuk hari ini, mari kita lihat pula perbendaharaan kata Bahasa Inggeris yang sebenarnya amat luas. Untuk menjelaskan sesuatu keadaan atau perasaan atau peristiwa, telah diciptakan pelbagai perkataan untuk anda gunakan. Anda boleh memilih dari pelbagai perkataan ini bagi menjelaskan dengan tepat tentang sesuatu keadaan atau perasaan atau peristiwa tersebut.

Contohnya: PERASAAN TAKUT

Biasanya perasaan takut ini ada pelbagai tahap kan? Dalam Bahasa Malaysia biasanya kita gunakan perkataan sangat, agak atau sedikit bagi menerangkan tahap tersebut. Namun, ini tidak dapat memberikan gambaran yang tepat jika dibandingkan dengan perkataan-perkataan dalam Bahasa Inggeris. 

Cuba kita lihat perkataan Bahasa Inggeris: AFRAID  yang sama maknanya dengan TAKUT.

Dalam Bahasa Inggeris ada pelbagai lagi perkataan yang dihasilkan bagi menerangkan tahap ketakutan dan perasaan seseorang dengan lebih jelas lagi.

Dalam dalam ketakutan yang amat rendah atau mungkin cuma ada sedikit rasa seram, cemas dan sebagainya, anda boleh gunakan: 

APPREHENSIVE
NERVOUS
WORRIED
TIMID
UNSURE
ANXIOUS

Bila tahap ketakutan itu menjadi lebih tinggi tapi masih pada tahap sederhana, perkataan yang digunakan adalah:

SCARED
FRIGHTENED
THREATENED
INSECURE
UNEASY
SHOCKED

Namun bila tahap ketakutan menjadi terlalu tinggi iaitu dalam keadaan yang mengancam nyawa dan sebagainya, maka perkataan-perkataan sesuai untuk menjelaskannya adalah:

TERRIFIED
HORRIFIED
SCARED STIFF
PETRIFIED
FEARFUL
PANICKY

Hmm.. harap semua perkataan-perkataan ini boleh membantu anda menulis dan berkomunikasi  dalam Bahasa Inggeris dengan lebih baik lagi. Ingat ya, English itu Mudah...