4 Mitos Metabolisme Berkenaan Penurunan Berat Badan


Artikel ini dipetik dari CNN Indonesia dan disesuaikan dengan pembaca-pembaca di Malaysia. Ia berkenaan dengan mitos metabolisme berkenaan penurunan berat badan yang dipercayai oleh ramai orang. Ramai yang mahu menurunkan berat badan atau menjadi kurus akan tetapi tidak faham mengenai beberapa konsep dalam hal ini. Maka wujud beberapa mitos yang perlu diketahui oleh pembaca semua. Ini semua dijelaskan oleh pakar diet dan nutrisi dari New York, Karen Ansel.

Metabolisme
Perkara pertama yang perlu difahami adalah apakah itu metabolisme? Amnya, metabolisme adalah cara di mana tubuh anda mengubah makanan menjadi tenaga. Metabolisme tubuh akan mempengaruhi aktiviti harian dan kondisi tubuh seseorang. Jika metabolisme lambat, maka lemak akan berkumpul dan menjadikan anda seseorang yang obes.


Itu adalah konsep asas yang mudah difahami. Akan tetapi bila dikembangkan ia menjadi sesuatu yang mengelirukan dan maka wujudlah mitos-mitos yang tidak benar berkenaan metabolisme.

Berikut adalah mitos-mitos berkenaan penurunan berat badan yang perlu anda ketahui:

1. Metabolisme Anda Mula Lemah Apabila Usia Anda Mencecah 30 Tahun.
Ramai yang berpendapat bahawa metabolisme tubuh akan menjadi perlahan (lemah) pada usia 30 tahun. Pendapat ini disanggah oleh Ansel yang mengatakan bahawa penurunan metabolisme hanya mula berlaku pada usia 40 tahun. 

Banyak orang mengatakan, metabolisme tubuh akan mulai melambat pada usia 30 tahun. Namun, Ansel membantahnya. Ia mengatakan penurunan kecepatan metabolisme justru mulai terjadi pada usia 40 tahun.

Pada usia anda mencecah 40 tahun, otot anda akan mula menjadi lemah. Kekuatan otot adalah diperlukan untuk membakar lebih banyak kalori dalam badan, - Karen Ansel

Untuk itu, anda perlu bersenam dengan lebih kerap untuk membantu usaha menurunkan berat badan. 

2. Individu Punyai Kadar Metabolisme Yang Berbeza (Cepat Dan Lambat)
Menurut pakar diet ini lagi, ramai orang adalah cenderung untuk menyalahkan metabolisme mereka jika program diet mereka tidak berjalan dengan jayanya. Mereka rasa kadar metabolisme mereka adalah lambat berbanding dengan orang lain.

Ansel menegaskan bahawa metabolisme setiap orang itu bergantung pada dirinya sendiri. Beliau menyarankan agar setiap orang memberi perhatian pada suapan kalori yang di ambil dari membandingkan metabolisme dirinya dengan orang lain.

3. Metabolisme Tidak Boleh DiUbah
Ramai yang merasa metabolisme adalah sesuatu yang tidak boleh diubah. Walhal, menurut Ansel cara hidup yang sihat berupaya member kesan positif terhadap metabolisme seseorang.

4. Orang Kurus Mempunyai Metabolisme Yang Baik
Beberapa orang yang kurus mengatakan mereka punya metabolisme yang baik sehingga tidak mudah menjadi gemuk sekalipun makan dengan sangat banyak. Namun, menurut Ansel, kurus atau gemuknya seseorang tak semata-mata disebabkan metabolisme.

Ansel berpendapat orang kurus selalunya mempunyai variasi yang sesuai bila makan. Jika mereka makan banyak dalam suatu ketika, mereka akan makan sedikit di waktu lain pula.

Sumber: CNN Indonsia

Download Teknik Kuruskan Badan Atkins DI SINI

- 4 Mitos Metabolisme Berkenaan Penurunan Berat Badan