Cabaran Mengambil Lesen Memandu


Baru-baru ini, saya ada pergi menemani seorang rakan ke kelas belajar memandu kereta. Pada usia hampir 40 tahun, sebenarnya agak lewat bagi beliau mengambil lesen memandu, namun semangat yang beliau tunjukkan perlu saya puji dan saya berbesar hati menemaninya ke pusat latihan yang disediakan (Lihat gambar di atas). Kami tiba pada pukul 7.45 pagi dan terus ke kantin untuk sarapan pagi sambil menunggu guru yang bakal mengajarnya pagi itu. 


 
Mengikut janji yang dibuat dengan guru memandu, kelas akan bermula pada pukul 8 pagi, akan tetapi pada pukul 8.15 pagi, masih belum nampak kalibat guru tersebut. Saya pun menyuruh rakan saya menelefon guru tersebut biarpun dia agak malu-malu hendak berbuat demikian. “Sabarlah bro, mungkin dia sangkut di traffic jam tu” katanya.  Rakan saya ini memang penyabar. Tahap kesabarannya mungkin hampir ke tahap malaikat :D menyebabkan dia selalu dibuli oleh rakan-rakan sekerjanya. Tapi, dia memang baik hati dan orang yang baik hati selalunya akan dapat berkat dan disayangi ramai. 

Bila jam menunjukkan pukul 8.30 pagi, dia pun beralah dengan desakan saya, lalu menelefon guru memandunya. Akan tetapi, tiada jawapan dari guru tersebut. “Aduh! Mungkin dia terlupa barangkali?” tanya saya pada si kawan tu. “Takkan lah” katanya. “Baru malam tadi saya kasi confirm dengan dia” tambahnya lagi.

Setelah beberapa kali cuba menghubungi guru itu, akhirnya berjaya juga. Menurutnya dia dalam perjalanan (on the way). Kami pun menunggunya lagi sambil menambah secawan teh tarik lagi. Namun, pukul 9 dia masih belum tiba dan buat saya rasa terbakar sungguh! “Baik bunya customer service” rungut saya dalam hati. 

Si kawan pun menelefon lagi dan menurut si guru dia terpaksa hantar anaknya ke sekolah kerana ada latihan sukan. “Aduh! Kenapa tak bagitahu awal-awal” rungut saya dalam hati lagi. “Dah lebih sejam masa kami terbuang ni!”.

Tepat pukul 9.30 pagi, dia pun tiba dengan muka riang dan ketawa-ketawa memberitahu kenapa saya dia lewat. Tak ada pun mintak maaf sebab tak bagitahu awal-awal. Tension betul saya.

 Belajar Memandu Kereta
Si kawan pun terus mengikuti si guru dan belajar memandu sambil saya menunggu di kantin. Sambil-sambil itu saya menjengah ke litar latihan dan melihatnya belajar memandu kereta. Nampak ok dia dijalan lurus tetapi masih perlu latihan lagi diselekoh, parkir dan bukit. Jika dia jarang-jarang pergi beajar, mungkin sukar hendak tangkap pelajaran terutama sekali dalam mengawal klutch dan gear



Dalam pada masa yang sama saya mencuri-curi dengar perbualan pelajar-pelajar lain di sekolah memandu itu yang duduk tidak berjauhan dengan saya. Ada yang comel dan ada yang tembam :D

Yang menarik perhatian saya bila salah seorang dari mereka mengaku yang dia terpaksa ambil ujian komputer (dahulunya ujian bertulis atau undang-undang) sebanyak TUJUH (7) kali untuk mendapatkan lesen L. Menurutnya, dia memang pelupa dan sukar mengingati buku panduan yang diberi. Akan tetapi, dengan teknik yang diajar oleh seorang rakan karibnya, dia berjaya melepasi ujian dalam percubaan ke tujuh. 


Rakannya pula tidak menghadapi kesukaran dalam ujian komputer itu. “Aku sekali test aje dah lulus” katanya dengan bangga. Akan tetapi, untuk ujian jalan raya, dia sudah gagal dua kali. “Ujian pertama, aku gagal di bukit. Terturun kereta ke bawah” katanya sambil ketawa. “Ujian ke dua, aku gagal di parkir pula walhal masa ujian pertama parkir aku perfect”. 

Teringat pula saya semasa mengambil ujian memandu kereta dahulu. Saya tidak hadapi masaalah dengan parkir, bukit, selekoh dan sebagainya. Saya selalu berlatih menggunakan kereta ayah, maka kawalan klutch dan gear saya agak baik. Cuma, saya agak “reckless” di jalan raya dan pegawai JPJ enggan meluluskan saya dalam ujian pertama. Ya! Terlampau confident sangat pun tak boleh. Kena buat-buat macam “nerd” dan pandu dengan had laju yang ditetapkan semasa ujian. 

Selepas sejam, si kawan pun habis belajar memandu. Dia nampak berpuas hati dengan latihan hari ini biarpun cabaran menunggu sang guru amat mencabar jiwanya. “Hendak seribu daya” katanya sambil tersenyum. Kami terus pulang ke rumah dan insya-allah bulan depan dia akan mengambil ujian memandunya nanti. Semoga dia berjaya...