Menguasai Sains Dan Matematik


Kepentingan sains dan matematik tidak perlu dipertikaikan lagi. Ia kini sudah menjadi satu komoditi yang tidak ternilai dan sesiapa yang menguasai subjek ini mampu menguasai dunia. Apa sahaja yang berada disekeliling kita dan digunakan oleh kita adalah berkait rapat dengan sains dan matematik. Malah, perkara-perkara yang amat kecil seperti membayar caj untuk memasuki tandas memerlukan matematik, manakala menghidupkan api untuk memasak pula memerlukan sains. 


Dalam skala yang lebih tinggi, sains dan matematik membantu membangunkan kehidupan manusia untuk hidup dengan lebih selesa lagi. Bangunan pencakar langit, pengangkutan keretapi berkelajuan tinggi dan telefon pintar semua dibangunankan menerusi kemajuan dalam dua bidang ini. 

Tingkatkan Minat Anak-Anak Menguasai Sains Dan Matematik

Untuk itu, kita tidak boleh ketinggalan dalam bidang ini. Tingkatkan minat anak-anak kita dan generasi akan datang untuk mempelajari dan menguasai bidang ini. Semakin maju negara lain dalam sains dan teknologi dan semakin ketinggalannya kita akan menyebabkan pergantungan kita pada negara lain dalam penghasilan barang-barang teknologi. Sekaligus menyebabkan defisit dalam import-eksport kita dan ini menjejaskan ekonomi dan semua orang di Malaysia. 

Yakinlah dengan kemampuan kita. Malaysia Boleh!