Jangan Bersubahat Dengan PATI


Isu pendatang tanpa izin (PATI) memang tak sudah-sudah. Kebanjiran PATI di negara ini memang amat sukar dibendung, apalagi jika majikan turut bersubahat dan menggunakan khidmat PATI. Bila timbul masaalah nanti, mula pihak-pihak lain yang dipersalahkan. Semalam, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar memberi amaran keras pada majikan-majikan ini.


"Majikan yang membawa pekerja asing secara haram iaitu dengan melanggar undang-undang negara ini, akan diambil tindakan tegas," katanya ketika berucap pada majlis penyerahan resolusi persidangan 'Dilema Negara: Isu dan Cabaran Pekerja Asing di Malaysia' anjuran Majlis Profesor Negara di Cameron Highlands, Selasa malam.

Di bawah undang-undang negara ini, majikan yang bersubahat boleh dikenakan hukuman denda, penjara dan sebatan jika disabitkan. Oleh itu, para majikan dinasihatkan agar mengikut prosedur yang ditetapkan dalam mengambil pekerja asing atau menggunakan sahaja pekerja tempatan jika merasakan kos agak mahal.

Menggunakan PATI bukan sahaja satu kesalahan di bawah undang-undang Malaysia, malah ia boleh menyusahkan majikan dikemudian hari. Pekerja-pekerja ini tidak berdaftar dan tidak boleh dipantau oleh pihak berkuasa kerana kemasukkan mereka secara haram. Jika mereka bertindak diluar dugaan dan merosakkan harta benda majikan, maka dengan siapakah majikan harus adukan? Ya, boleh buat lapuran dengan polis akan tetapi majikan juga boleh dikenakan tindakan atas sebab bersubahat dengan PATI.

- Jangan Bersubahat Dengan PATI