Cara Pantas Belajar Bahasa Inggeris



Ramai yang tertanya-tanya bagaimanakah caranya untuk belajar Bahasa Inggeris dengan pantas dan mudah. Bagi mereka yang sedang bersiap sedia untuk temuduga kerja pasti juga gementar sekiranya penemuduga bertanyakan soalan dalam Bahasa Inggeris dan anda pula tidak bersedia atau kurang selesa menjawabnya dalam bahasa  ini. Takkan anda mahu hendak hentam sahajamen jawab dalam Bahasa Melayu kan? Hilanglah nanti kredebiliti anda di hadapan penemuduga.


Untuk mereka yang berminat hendak mengetahui cara pantas belajar Bahasa Inggeris, nah hari ini kami berikan sedikit rahsia/petua. Jika dipraktiskan insyallah, dalam tempoh seminggu anda akan mendapati peningkatan yang mendadak dalam penguasaan Bahasa Inggeris anda.

Langkah Satu - Persediaan
Sediakan satu buku rujukan yang mudah anda fahami. Tidak kisah buku apa, asalkan anda selesa menggunakannya. Gunakan buku ini sebagai bahan rujukan tatabahasa atau grammar. Jika tiada, melabur sedikit dan gunakan buku: English itu mudah
 
Anda juga wajar menyediakan juga kamus dwi-bahasa bagi membantu meningkatkan perbendaharaan kata anda.

Langkah Dua - Pemahaman

Pelajari buku anda itu di masa terluang dan cuba fahami kandungannya. Lakukannya dalam masa dua hari berterusan dan tanpa gangguan sesiapa. Jika boleh letakkan penanda di bahagian-bahagian yang anda rasakan penting dalam buku tersebut.

Langkah Ketiga – Pengajian Intensif

Ini amat penting sekali! Jadikan persekitaran di sekeliling anda bagaikan negara orang putih. Jika perlu bertapa dan jauh kan diri dari saudara dan rakan yang bercakap bahasa kebangsaaan. Jika berkerja, ambil cuti selama seminggu dan kurung diri anda di rumah. Jika boleh!

Isikan masa anda dengan membaca suratkhabar/majalah/bahan bacaan bahasa Inggeris yang berkualiti. Novel-novel seperti Harry Potter amat digalakkan dibaca dimasa ini. Begitu juga dengan DVD cerita ini. Elakkan dari menggunakan sub-title!



Baca Dengan Kuat
Bila membaca pastikan anda membaca dengan kuat dan bersungguh-sungguh. Bayangkan anda sedang membaca atau bercakap depan orang ramai. Jika anda rasa sebutan kurang betul, cuba perbetulkan lagi. Google sebutan yang betul di internet.

Ingat jika anda cuba baca dalam hati sahaja tanpa mendengar sebutan anda, bahasa ini akan sukar di serap oleh anda. Ia sebahagian dari praktis yang perlu dilakukan setiap hari untuk melancarkan penggunaan Bahasa Inggeris anda.

Sambil menonton DVD cerita Inggeris, bawa sekali buku BI dan kamus anda. Mana-mana bahagian yang anda tidak faham, rujuk dengan segera buku-buku itu dan cuba dapatkan maksudnya. Ingat jangan guna sub-title. Jangan menipu diri sendiri.

Lakukan langkah-langkah ini selama 7 hari, saya yakin bahasa Inggeris anda akan menjadi lebih bagus dari sebelumnya.

Selamat mencuba. Ingat English itu mudah