Dasar Memartabatkan Bahasa Melayu Memperkukuh Bahasa Inggeris


Saya baru terbaca mengenai dasar “Dasar Memartabatkan Bahasa Melayu Memperkukuh Bahasa Inggeris” (MBMMBI) di Utusan Online. Ia dalah sebahagian dari inisiatif yang dimasukkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Di bawah dasar, kementerian akan cuba memastikan Bahasa Kebangsaan mendapat tempat sewajarnya dalam masyarakat, manakala penggunaan dan kecekapan menggunakan Bahasa Inggeris dipertingkatkan. Sort likeRakyat Didahulukan, Pencapaian DiUtamakan”.


Pengukuhan Bahasa Inggeris DiKalangan Pelajar-Pelajar
Salah satu kritikan yang sering dilontar terhadap lepasan sekolah kebangsaan adalah penguasaan Bahasa Inggeris dikalangan mereka yang agak lemah dan lesu. Kerajaan sebelum ini ada melaksanakan dasar Pengajaran dan. Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) bagi mengatasi masaalah ini, namun ia telah pun dihentikan atas pelbagai masaalah yang tidak dapat diselesaikan. Kini di bawah kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri, memerangkap Menteri Pendidikan, satu dasar baru digubal dan dilaksanakan. Adakah ia mampu meningkatkan/memperkukuh Bahasa Inggeris dikalangan pelajar?

Di bawah MBMMBI, tumpuan dimulakan dengan menangani faktor kecekapan guru bahasa Inggeris itu sendiri. Pada masa sama, kurikulumnya ikut diteliti semula, agar bukan sahaja tahap kemahiran tinggi boleh dicapai. Sains dan Matematik tidak lagi diajar dalam Bahasa Inggeris atau dwi bahasa melalui tahun 2015, akan tetapi peruntukkan waktu bagi pelajaran Bahasa Inggeris (SK Tahap 1 dan 2) ditambah sebanyak 90 minit. Tambahan masa juga dibuat pada kelas-kelas di sekolah-sekolah menengah.

Selain dari itu difahamkan juga modul pembelajaran Bahasa Inggeris juga dirombak dan dikemaskini agar pelajar lebih mudah memahami dan seronok belajar subjek ini. Guru-guru juga akan diberikan latihan yang lebih mantap agar mampun mendokong dasar baru ini.

Yang pasti Dasar Memartabatkan Bahasa Melayu Memperkukuh Bahasa Inggeris ini masih diperingkat permulaan dan hasilnya masih terlalu awal untuk diperbincangkan.