Kelas Belajar Bahasa Inggeris 2: ‘Has’, ‘Have’ Dan ‘Had’


Dalam kelas belajar Bahasa Inggeris yang lalu, kita belajar tentang perbendaharaan kata. Kita dapat lihat betapa luasnya bahasa ini yang dapat menunjukkan tingkat yang berbeza-beza pada perasaan manusia dan sebagainya. Hari ini, kita lihat masalah biasa yang dialami oleh ramai insan di Malaysia ini iaitu: Bagaimana hendak menggunakan has, have dan had?

Topik ini nampak mudah kan? Akan tetapi semasa saya bekerja di pejabat dulu, ramai yang rupanya keliru bila dan di mana hendak digunakan tiga-tiga perkataan ini. Jadi bagaimana ya?

Jangan risau: Lebih Mudah Belajar Grammar English Dalam Bahasa Malaysia

Verb
Pertamanya, anda kena ingat has, have dan had ialah kata kerja (verb). Rujuk balik artikel: Fahami Grammar Bahasa Inggeris. Oleh itu, berhati-hati dengan bentuknya - Past Tense, Present Tense dan Continuous.

Amnya, perkataan ini merujuk pada posessi atau kepunyaan. Bila kita sebut soal kepunyaan kita merujuk juga pada subjek yang punyai posessi itu kan? Subjek itu boleh jadi satu, banyak atau berkumpulan. Maka, berikan perhatian juga pada peraturan berkaitan dengan "singular" dan "plural".

Contoh:
  • I have a job 
  • I have a car
  • She has a house
  • We have a cat
Senang kan?

Penggunaan has dan have dalam "Present Time" (Keadaan semasa):

SINGULAR
PLURAL
Orang pertama
I have
We have
Orang kedua
You have
You have
Orang Ketiga
He has
She has
It has
They have
They have
They have

Bila pula ‘HAD’ digunakan?

Ia digunakan dalam dua keadaan:-
  1. Past Tense
  2. Apabila anda bercakap mengenai kehendak (wish)

Past Tense
Apabila keadaan telah lepas (Past Tense), maka HAD digunakan pula. Past tense ditunjukkan melalui masa atau tempat yang disebut dalam ayat-ayat yang digunakan: Contohnya: last night, two days ago, a couple of hours ago, when I was small, It was ... dan lain-lain lagi. 
  • Mum had a sore throat yesterday
  • We had a wonderful holiday in Manchester
  • I had Ultraman toy when I was a kid
  • She had short hair when I saw her a couple years ago
  • Our cat had four kittens last week
  • The boys had a fight in the playground
  • It was rainy, so we had lunch at the mall

Wish
Apabila anda bercakap mengenai kehendak (wish), maka HAD juga digunakan bairpun ianya bukan dalam bentuk "past tense".
  • I wish I had the new iPhone 6
  • Dina wishes she had a small sister
  • The boys wish they had bigger field to play hockey in school

Namun, HAD ini bertukar menjadi HAVE bila kehendak atau wish anda menjadi sesuatu yang negatif.
  • I wish I didn’t have to attend our club’s meeting today
  • Eyan wish she didn’t have so much homework
  • Do you wish you didn't have English classes today?

Continuous Form
Bentuk ini menunjukan keadaan yang berterusan/sedang dilakukan. Untuk ini anda perlu gunakan HAVING. 
  • I am having a shower now
  • Are you having a good time?
Ok, itu sahaja untuk kelas kita hari ini. Jika ada kelapangan, saya akan cuba sentuh topik lain pula untuk rujukan anda semua. Ingat ya: English itu Mudah....