Mari Fahami Grammar Bahasa Inggeris



Grammar Bahasa Inggeris sebenarnya bukanlah sesuatu yang susah untuk difahami. Apa yang perlu ialah keyakinan diri, usaha dan rasa ingin tahu. Anda tidak boleh belajar Bahasa Inggeris sebagaimana anda mempelajari subjek lain. Jika Matematik - perlu banyak latihan, jika Sejarah - perlu banyak penghafalan, jika Bahasa Inggeris pula anda perlu peka dan sering bertanya soalan. Contoh mudah: tanyakan guru Bahasa Inggeris bila anda gunakan has, have dan had?



 
Nampak mudah bukan? Akan tetapi ada peraturan-peraturan yang perlu anda fahami terlebih dahulu. Lebih peka anda pada aturan grammar Bahasa Inggeris, maka lebih banyak soalan yang akan timbul di kepala anda. Bila ada banyak soalan timbul, maka lebih mudah untuk memperbetulkan dan memahami grammar Bahasa Inggeris.


Sebagaimana grammar Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris juga terdiri dari beberapa kata bahasa yang mewujudkan satu kumpulan yang dinamakan "parts of speech". Ia terdiri dari:
  • Nouns
  • Pronouns
  • Adjectives
  • Verbs
  • Adverbs
  • Prepositions
  • Conjunctions
  • Interjections

English Itu Mudah

Jika anda boleh faham ke semua lapan kata bahasa ini, maka lebih cepat anda memahami grammar Bahasa Inggeris. Sebaiknya, selepas mempelajari setiap satu dari kata bahasa, ambil suratkhabar atau majalah bahasa Inggeris dan cuba cari di mana letaknya kata bahasa itu dan fahami penggunaannya. Boleh bukan?

Nouns
Nouns ialah KATA NAMA.  Oleh itu ia merujuk kepada manusia, benda, tumbuh-tumbuhan, sesuatu yang abstrak atau mungkin juga konsep. Ia boleh dibahagikan kepada beberapa kategori kecil seperti:-
  • Common Nouns (Kata Nama Am)
  • Proper Nouns (Kata Nama Khas)
  • Concrete Nouns (Kata Nama Konkrit)
  • Abstract Nouns (Kata Nama Abstrak)
Antara contoh-contoh kata nama atau "nouns" ini adalah:-
  • Robin Van Persie (Proper Nouns)
  • book (Common Nouns)
  • city (Common Nouns)
  • freedom (Abstract Nouns)
  • bread (Concrete Nouns)
  • wisdom (Abstract Nouns)
  • Malaysia (Proper Nouns)

Nouns atau Kata Nama ini seterusnya boleh dibahagikan kepada beberapa ketegori lain berdasarkan bilangan, boleh dikira atau tidak dan sebagainya. Contoh ialah:-
  • Singular Nouns
  • Plural Nouns
  • Countable Nouns
  • Dan sebagainya

Namun, yang penting buat masa ini adalah nouns merujuk pada sesuatu subjek (manusia, benda, tumbuh-tumbuhan, sesuatu yang abstrak atau mungkin juga konsep).Asalkan ia boleh wujud, maka ia adalah satu nouns.


English itu mudah

Pronouns
Pronouns ialah kata ganti nama. Contohnya: he, she, we, whom, which, someone. Sebagaimana juga dengan nouns, pronouns boleh dibahagikan dengan beberapa kategori kecil seperti personal pronouns, intensive pronouns, reciprocal pronouns dan lain-lain lagi. 

Yang penting, tujuannya adalah menggantikan kata nama dalam ayat yang kita tulis atau baca. 

Lihat contoh-contoh berikut (pronouns dihitamkan dalam ayat):-
  • He is tough
  • We are sorry
  • Marry loves herself
  • The book is mine
  • The animal which he brought yesterday was a kitten
  • Someone is waiting for you
Adjectives
Adjectives menerangkan sifat atau keadaan sesuatu benda atau kata nama (nouns). [Adjectives are words that describe or modify another person or thing in the sentence]

Contohnya: pretty, short, clever, far, heavy, fast dan sebagainya.



Biasanya ia bergandingan dengan articles (a, an, the): a pretty girl, a fast car, the little guy, a solid commitment.

Banyak buku atau laman web mengkelaskan adjectives kepada beberapa bahagian mengikut pendapat penulis. Semuanya adalah betul dan yang penting untuk anda ingat sebenarnya adalah ia sifat atau keadaan sesuatu benda atau kata nama.

Bagi saya amnya, ia adalah terbahagi kepada 2 iaitu:
  1. Descriptive adjectives
  2. Limiting Adjectives
Descriptive adjectives
Menerangkan keadaan kata nama itu. Penerangan ini bolehlah dalam bentuk berat, cara, jarak, waktu, warna, ukuran, pancaindera mahupun perasaan.
Limiting Adjectives
Ini adalah satu kumpulan adjectives yang mengubah maksud kata nama (nouns) yang digunakan bersama mereka dengan cara menghadkan maklumat mengenai kata nama itu. Bertentangan dengan "Decriptive Adjectives" yang memberi penerangan.

Had ini boleh dalam bentuk possessive (kepunyaan), demonstrative (demonstrasi) mahupun numerical (jumlah).

Comparison of Adjectives
Selain dari dua bentuk di atas, kita juga perlu tahu menggunakan tiga (3) tingkat perbandingan yang digunakan dalam adjectives ini. Tiga tingkat itu adalah:-
  1. positive degree (BIASA)
  2. comparative degree (TAMBAH -ER)
  3. superlative degree (TAMBAH -EST)
Cuma hati-hati juga dengan IRREGULAR COMPARASION yang mana pembentukkannya tidak teratur. Lihat contoh di bawah:



Verbs
Verbs adalah kata kerja. Fungsinya menerangkan/menunjukkan sesuatu perbuatan, tindakan, kejadian, mahupun keadaan. Sesuatu verb boleh menjelaskan:-
  • Tindakan fizikal - to swim, to climb, to play
  • Tindakan mental - to think, to consider, to dream
  • Sesuatu keadaan - to be, to exist, to appear
Amnya, setiap ayat Bahasa Inggeris mempunyai paling sedikit satu verb. Contoh: I hate you; James wrote a letter.

Verb  ada empat bahagian asas iaitu:


Verb adalah satu topik yang amat panjang. Ia akan dihuraikan kemudian dalam entri-entri yang lebih pendek di blog ini nanti. Insya-Allah...

Selain dari itu kita perlu belajar juga mengenai:-
  1. Adverbs
  2. Prepositions;
  3. Conjunctions; dan
  4. Interjections
Insya-Allah jika ada kelapangan, saya cuba tulis mengenainya.



Namun, apa yang penting yang hendak disampaikan di sini adalah apabila kita faham tentang maksud kata bahasa dalam "parts of speech" ini, maka lebih mudahlah bagi kita memperbetulkan kesalahan-kesalahan grammar kita.

Mari kita lihat pula antara peraturan-peraturan dalam grammar Bahasa Inggeris yang mungkin anda tidak sedari.

Subjunctive
Ini agak mudah tetapi mungkin ada juga yang tidak tahu, kan?
Anda pasti tahu apabila perkara telah berlaku, kita akan gunakan "was" bagi plural nouns kan? Akan tetapi jika ia satu bayangan atau harapan sahaja yang mana kita akan gunakan perkatan 'if" atau "wish", maka was hendaklah digantikan dengan "were".
  • If I was were a rich man.    
  • If Tun Mahathir was were Prime Minister, things would be a whole lot different.
Akan tetapi jika if atau wish digunakan bagi tujuan lain seperti soalan atau hypothetical situations, maka subjunctive tidak terpakai.

Contoh: The reporter asked him if he were was happy.

Articles
Penggunaan Active Voice



Apabila kita mulakan sesuatu ayat dengan sesuatu subjek atau pelaku, maka verb akan ditulis selepas subjek dan jika ada sesiapa yang terima akibat atas perlakuan subjek, maka ia ditulis selepas verb. Formulanya adalah: S+V+O

Contoh:

    Mary walked the dog.
    The dog liked Mary.
    I did not like the dog.

*verb di hitamkan, objek berwarna merah


English itu mudah
 
Seronokkan belajar Bahasa Inggeris? Dan yang paling penting sekali adalah Bahasa Inggeris itu sebenarnya mudah untuk dipelajari. Untuk lebih pantas dan mudah, gunakan buku "English itu Mudah". Terlajak laris di pasaran....