Perbaiki Penguasaan Bahasa Inggeris Anak-Anak Dengan Blog

 
Di musim cuti yang lalu, blog ini tidak bergerak. Tumpuan diberikan pada blog anak-anak pula. Ya, saya buatkan blog untuk anak-anak agar mereka rajin menulis dan tanpa tekanan. Tulis apa-apa yang mereka suka dan saya betulkan grammar dan ejaan mereka sebelum ia diterbitkan. Tajuk adalah bebas dan tiada hadnya. Yang ingin diterapkan di sini adalah MINAT untuk menulis. Dalam masa yang sama penguasaan Bahasa Inggeris dapat dipertingkatkan.


Anak-anak saya kini tiada masaalah bertutur dalam Bahasa Inggeris. Kalau exam 'lisan', BI adalah 'no problemo' bagi mereka. Namun, bercakap dan menulis adalah dua perkara yang amat berbeza. Seringkali kita lihat mereka yang lancar bercakap, bila disuruh menulis - satu perenggan pun payah! Apa lagi hendak disiapkan satu karangan.

Ini kerana minat dan skill menulis perlu dipupuk dan dipertajamkan. Skill boleh digilap dengan latihan. Namun, minat tidak boleh dipupuk dengan latihan yang membebankan dan menekan mereka. Antara cara yang boleh membantu ialah membuatkan blog untuk mereka dan galakkan mereka menulis di blog tersebut. Berikan kebebasan buat mereka memilih tajuk posting dan galakkan mereka memberitahu rakan-rakan akan kewujudan blog tersebut. Jika perlu komen di blog mereka dan berikan puji-pujian pada entri yang menarik. Insya-allah, ini akan menaikkan minat mereka untuk menulis dan  memperbaiki grammar/perbendaharaan kata mereka.

Ingat Bahasa Inggeris adalah bahasa yang amat penting kerana ia adalah bahasa ilmu. Namun, tidak sukar untuk mempelajarinya jika kena pada caranya. Sebaiknya latih anak-anak dari muda lagi untuk menguasai bahasa ini. English itu mudah...