Melatih Anak-Anak Belajar Bahasa Inggeris


Saya sering memantau anak-anak dalam pembelajaran mereka. Ini termasuklah melatih anak-anak belajar Bahasa Inggeris. Selalunya anak-anak lebih mudah menangkap penggunaan bahasa ini berbanding orang dewasa yang punyai tabiat memikirkan ayat dalam BM dan kemudiannya membuat 'direct translation' ke Bahasa Inggeris. Fikiran anak-anak masih segar dan tidak terpengaruh dengan bahasa lain. Akan tetapi ada beberapa kesalahan grammar yang masih perlu diperbaiki. Antara kesilapan yang kerap mereka lakukan adalah:

  1. Penggunaan 'has', 'have' dan 'had'
  2. Penggunaan 'did'
  3. Penggunaan 'many' dan 'much'
Penggunaan 'has', 'have' dan 'had' telah dibincangkan dalam artikel yang lalu:  Kelas Belajar Bahasa Inggeris 2: ‘Has’, ‘Have’ Dan ‘Had’. Harap anda semua merujuk kembali ke artikel tersebut dan cuba fahaminya baik-baik.

Penggunaan 'did' dan 'do'
Kanak-kanak sering keliru apabila menggunakan kata kerja tambahan/auxiliary verb (do, don't, does, doesn't, did, didn't). Seringkali anak-anak yang mengungkapkan kata seperti:
  • I did not saw her (SALAH)
  • Did you took her money? (SALAH)
Do
'Do' bermakna 'buat', maka ia adalah kata kerja. Past tense bagi do adalah 'did'.

Dalam grammar Bahasa Inggeris, bila wujudnya kata kerja (verb) yang berturutan, maka verb yang pertama sahaja akan ditukar 'tense' nya.
Oleh itu, 'I did not saw her' sepatutnya jadi 'I did not see her'. Kata kerja kedua dalam ayat ini iaitu 'see' atau 'lihat' tidak perlu diubah kepada past tense.

Begitu juga dengan 'did you took her money?', seharusnya jadi 'did you take her money?'

Lihat dan kaji juga penggunaan verb berikut:
  • You see/saw him.
  • You have/had seen him.
  • You will/would have seen him.
  • You are/were seeing him.
  • You have/had been seeing him.
  • You do/did not see him.
  • You can/could have been seeing him.
Penggunaan 'many' dan 'much'
Satu lagi masalah yang kanak-kanak sering hadapi ialah menggunakan perkataan 'many' dan 'much' yang menunjukkan kuantiti. Kedua-duanya memberikan maksud yang sama iaitu 'banyak'.

'Many' dan 'much' ini biasanya digunakan dengan kata nama 'noun'.

Singular/Plural Noun
  1. Apabila 'noun' adalah singular (satu), maka kita gunakan 'much'. Contoh: 'How much money have you got?"
  2. Apabila 'noun' adalah plural (lebih dari satu), maka kita gunakan 'many'. Contoh: Rooney does not have many friends.
Countable / Uncountable Nouns
Untuk lebih mudah, kita juga lihat samada 'noun' itu digunakan pada countable atau uncountable nouns. Dalam Bahasa Malaysia, samada noun itu boleh dikira atau tidak?

Countable noun + many:
  • How many cars are in the street?
  • There aren't many students in the classroom.
  • How many bees are there?
  • How many men are there in this picture?
Uncountable noun + many:
  • How much traffic is there this morning?
  • How much water is there in his glass?
  • We don't have much time left.
Ok, itu sahaja pelajaran untuk hari ini. Untuk memudahkan pembelajaran grammar Bahasa Inggeris bagi anak-anak anda, mungkin anda boleh cuba rujuk buku: English itu Mudah atau Kuasai Bahasa Inggeris. Lebih mudah difahami dan berserta dengan bantuan gambar/grafik yang menarik.

- Melatih Anak-Anak Belajar Bahasa Inggeris