Jangan Bermain Handphone Ketika Memandu


Nasihat saya kepada anda semua yang memandu agar jangan bermain handphone ketika memandu. Kebelakangan ini sering berlaku kemalangan di jalan raya akibat kecuaian pemandu yang sibuk berWhatsApp, CoC dan sebagainya. Oleh kerana, ini kes yang agak 'straight-foward', maka pihak-pihak yang terbabit 'settle luar' dan tidak menjadikannya kes polis. Maka statistik mengenai kes sebegini tidak tepat kerana 80% kejadian tidak dilapurkan pada pihak polis. Mereka cuma terpaksa membuat lapuran bila ia melibatkan kemalangan yang teruk dimana ada kematian atau kecederaan parah.


Kebanyakkan pemandu semasa belajar dan baru mengambil lesen memandu kenderaan agak tertib dan berhati-hati. Namun, bila diri dah rasa 'expert' sikit, maka soal keselamatan sedikit demi sedikit dilupakan. Sifat bogkak itu menjadikan pemandu:-
  1. cuai
  2. mengambil resiko berlebihan
  3. tidak menghiraukan keselamatan orang lain
Bermain Handphone Ketika Memandu
Ini adalah sikap pemandu masa kini yang punyai telefon pintar (smartphone) yang canggih dan mengujakan. Jika boleh mata tu tidak mahu beralih dari melihat screen telefon. Tambahan pula bila ia dilengkapi internet untuk bermedia sosial dan applikasi permainan popular seperti Clash of Clan (CoC).  Akibatnya dia tidak sedar bahawa kereta itu dah merempuh kereta pemandu lain.

Saya teringat satu kemalangan di jalan raya tidak lama dahulu. Ketika saya memandu saya boleh nampak pemandu di sebelah sibuk memandang telefonnya. Saya tahu jalan ketika itu jammed 'bumper to bumper'. Oleh itu, dia mungkin bosan dalam kereta dan merasakan mudah bergerak perlahan tanpa memandang sangat ke hadapan. Namun, tidak lama kemudian kedengaran bunyi dentuman yang kuat. Kereta pemandu tersebut telah melanggar kereta di depannya dalam keadaan  jammed 'bumper to bumper'! Hentaman agak kuat menunjukkan fikirannya jauh melayang bersama handphone. Tak tahu pula berapa ganti rugi yang terpaksa dia bayar.

Oleh itu, ingat semua ya, jangan bermain handphone ketika memandu kenderaan anda

* Gambar kredit: The Star Online